Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyanggah dakwaan bahawa taklimat mengenai Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) yang diadakan hanyalah untuk propaganda.
Sejak dokumen akhir TPPA didedahkan kepada umum pada 5 Nov 2015, kementerian itu bersama-sama kementerian lain dan agensi kerajaan berkaitan, meningkatkan usaha mengadakan taklimat dan dialog untuk pelbagai kumpulan bagi membantu mereka memahami perjanjian perdagangan itu dengan lebih baik.
Pada 23 Dis, dua lagi taklimat diadakan iaitu satu untuk sekumpulan 500 juruukur tanah dari seluruh negara dan satu lagi bersama 300 pemimpin pelajar daripada 10 universiti awam dan 12 universiti swasta di negara ini.
"Dalam kedua-dua sesi, saya memberi penjelasan mengenai TPPA termasuk pro dan kontra selain menjawab kritikan yang dibangkitkan. Kira-kira 12 soalan dikemukakan oleh kumpulan juruukur tanah manakala dalam sesi dengan pemimpin pelajar terdapat 20 soalan," kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataan, di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan sebuah portal berita yang memetik Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa sesi taklimat TPPA oleh kementerian hanya sekadar propaganda.
Antara lain Santiago mendakwa taklimat diadakan bersama mereka yang tidak tahu langsung tentang perjanjian itu.
Beliau juga mendakwa kementerian tidak menjawab kritikan yang dibangkitkan dalam sesi taklimat itu.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata soalan yang dibangkitkan dalam taklimat pada Rabu itu yang menumpukan kepada isu-isu khusus berkaitan peserta dan isu-isu umum, adalah seimbang dengan sebahagian menyokong manakala yang lain pula menentang.
Sesetengah isu yang dibangkitkan adalah sama dengan yang dibangkitkan oleh Santiago dan mereka yang membantah perjanjian perdagangan itu.
"(Justeru) bagaimana Charles boleh mendakwa juruukur dan pemimpin pelajar terbabit tidak tahu langsung mengenai TPP," kata Mustapa.
Katanya jawapan kepada soalan yang dibangkitkan turut dimuat naik menerusi laman sesawang kementerian.
Malah, semakin banyak organisasi yang mendapatkan penjelasan daripada kementerian berhubung pelbagai isu berkaitan TPPA dan ini jelas menunjukkan program kementerian bukan sekadar propaganda, katanya.
Mustapa juga berkata Santiago bersikap berat sebelah dan tidak adil dalam mengutarakan pandangan bahawa tidak ada satu pun yang baik dalam perjanjian itu.
"Berdasarkan pertemuan saya dengan pelbagai kumpulan, ramai yang berpengetahuan dan tahu tentang TPP, justeru adalah tidak adil serta menjatuhkan air muka mereka jika tuduh mereka jahil.
"Pada setiap pembentangan, saya ketengahkan semua kritikan terhadap TPP termasuk yang dibangkitkan oleh YB Charles dan memberi jawapan kepada kritikan berkenaan," kata Mustapa.
Beliau berkata semua pembentangannya disusuli dengan sesi dialog.
"Kami sedar ada manfaat dan juga kos berkaitan TPPA namun pada pandangan kami manfaatnya jauh lebih besar berbanding kos. Inilah mesej yang kami akan terus tekankan dalam program pertemuan dengan orang awam," katanya.
Mustapa bagaimanapun mengakui lebih banyak pertemuan perlu diadakan bagi meningkatkan kefahaman awam tentang TPPA, faedah dan cabarannya.
Kementeriannya dan agensi berkaitan komited untuk memperhebat program pada Januari 2016, katanya.
Bernama
Thu Dec 24 2015
MUSTAPA: Dalam kedua-dua sesi, saya memberi penjelasan mengenai TPPA termasuk pro dan kontra selain menjawab kritikan yang dibangkitkan. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
Kerajaan sasar 20 peratus penjualan tahunan EV baharu menjelang 2030
Setakat September 2024, kadar jumlah jualan tahunan yang dicapai ialah 5.11 peratus.
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.