PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggalakkan pengenalan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik di Malaysia bagi memajukan industri EV negara.
Timbalan Ketua Setiausaha Industrinya, Datuk Seri Norazman Ayub berkata akan ada kenderaan EV berharga serendah RM120,000 di bawa masuk ke Malaysia pada suku kedua tahun ini.
"Kami menggalakkan pengimportan lebih banyak EV terutamanya dari China kerana kami mahu mempunyai EV yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam ulang tahun platinum ke-70 Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia di sini, malam tadi.
"Oleh itu, daripada segi infrastruktur pengecasan, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 unit kemudahan pengecasan awam menjelang 2025.
"Kami akan bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUS Expressways Bhd untuk stesen pengecasan.
"Kami ingin menjemput mana-mana pelabur tertentu bagi melabur dalam stesen pengecasan untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan ekosistem EV," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia komited untuk menarik pelaburan dalam industri EV dan mencapai sasaran negara dalam menghasilkan kenderaan elektrik, termasuk hibrid, menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri menjelang 2030.
Tengku Zafrul berkata kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan ekosistem EV serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan juga sedang merangka pekeliling bagi memudahkan proses kelulusan stesen pengecasan di peringkat kerajaan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Malaysia komited untuk menarik pelaburan dalam industri EV dan mencapai sasaran negara dalam menghasilkan kenderaan elektrik. - Gambar hiasan/Unsplash
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.
Malaysia, Palestin akan meterai MoU tingkat kerjasama perdagangan dan pelaburan - MITI
Malaysia dan Palestin akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam beberapa sektor.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.
Malaysia jangka pertumbuhan perdagangan dengan India meningkat
PM beri tempoh tiga bulan kepada MITI untuk kemuka rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan cukai karbon sebagai dorongan kepada syarikat tempatan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
MITI sasar tarik RM300 bilion pelaburan hijau menjelang 2030 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.
Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi RM1.65 trilion bagi Jan-Julai 2024
Perdagangan Malaysia bagi tempoh Jauari hingga Julai 2024 meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun berjumlah RM1.652 trilion, nilai tertinggi dicatatkan untuk tempoh itu.
MITI mula siasat duti antilambakan import gulungan rata besi disadur timah
MITI menjelaskan tindakan itu diputuskan selepas menerima petisyen daripada pengeluar tempatan, Perusahaan Sadur Timah Malaysia (Perstima) Bhd.
Rantaian bekalan industri diteguhkan untuk elak gangguan - Tengku Zafrul
MITI akan mewujudkan langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.