JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri komited Malaysia mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus seperti yang diunjurkan Bank Dunia.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, unjuran itu dapat dicapai pada tahun ini dengan sokongan Majlis Pemulihan Negara (MPN), pihak swasta, industri dan dewan perniagaan.
Beliau berkata berdasarkan kenyataan Bank Negara Malaysia, ekonomi Malaysia meningkat kepada 3.6 peratus pada suku keempat berbanding penguncupan 4.5 peratus pada suku ketiga 2021.
"Ini bererti Malaysia berada pada landasan yang positif. Keseluruhan pertumbuhan ekonomi pada 2021 adalah 3.1 peratus. Ini satu kejayaan dan Bank Dunia telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi kita pada 2022 kepada 5.8 peratus.
"Dengan kejayaan MPN, sokongan pihak swasta dan industri serta dewan perniagaan, saya yakin Malaysia akan mencapai 5.8 peratus pada 2022," katanya pada majlis Sesi Dialog Menteri-Menteri Ekonomi Bersama Pengerusi MPN di Pulai Spring Resort di sini hari ini.
Beliau berkata prestasi perdagangan direkodkan melebihi RM2.2 trilion dan nilai eksport direkodkan RM1.24 trilion pada 2021.
"Laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dibentangkan di Parlimen, menjelang 2025 nilai eksport Malaysia mesti mencatatkan RM1.25 trilion. Tahun lepas, kita sudah mencapai RM1.24 trilion, maknanya kita berjaya mencapai sasaran empat tahun lebih awal daripada apa yang dijangkakan dalam RMK12," katanya.
Mohamed Azmin berkata Johor adalah antara negeri penting dalam menyumbang kepada KDNK negara selain merupakan negeri industri dan pelabur ingin melihat sebuah kerajaan yang kuat.
"Namun, dalam keadaan pemulihan ekonomi, bagaimana mungkin kita dapat meyakinkan pelabur sama ada pelabur domestik atau asing untuk datang dan melabur di Johor sekiranya kerajaan lemah, tidak stabil, kepimpinan dikuasai mereka yang rasuah dan salah guna.
"Saya berjanji kepada bangsa Johor pada kali ini, sekiranya Johor dapat angkat sebuah kerajaan baharu yang bersih dan berintegriti, saya yakin Johor akan bangkit dan muncul menjadi negeri penyumbang kepada KDNK negara pada tahun-tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, unjuran itu dapat dicapai pada tahun ini dengan sokongan Majlis Pemulihan Negara (MPN), pihak swasta, industri dan dewan perniagaan. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.