KUALA LUMPUR: Minyak sawit Malaysia diunjurkan didagangkan di antara RM3,800 dengan RM4,200 satu tan bagi tempoh sehingga suku kedua 2023 susulan pengeluaran minyak sawit dijangkakan pulih sedikit tahun depan .
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Wan Aishah Wan Hamid berkata permintaan lebih tinggi terhadap minyak sawit, turun naik harga minyak mentah Brent dan ketegangan geopolitik kekal sebagai faktor dalam menentukan arah pergerakan harga.
Beliau berkata sejak beberapa minggu lepas, harga minyak sawit mula dilihat berada dalam aliran menaik berikutan ringgit Malaysia yang lebih lemah dan kebimbangan berhubung bekalan akibat banjir di Indonesia dan Malaysia.
Ini akan memastikan harga minyak sawit kekal tinggi dan bertahan di antara RM4,000 dengan RM4,400 satu tan sehingga Disember 2022, katanya.
"Bagi jangka sederhana, krisis Rusia dan Ukraine yang berterusan akan tetap menjadi satu faktor dan pertumbuhan bekalan minyak sawit berkemungkinan mendatar tinggi tahun depan.
"Harga berkemungkinan kekal di antara RM3,900 dengan RM4,300 satu tan sehingga Mac 2023," katanya semasa pembentangan di Seminar Internet Minyak Sawit (POINTERS) pada Isnin.
Dari segi stok minyak sawit, Wan Aishah berkata stok minyak sawit Malaysia berada dalam aliran berkurangan dari Disember 2021 hingga April 2022 menyebabkan harga lebih tinggi direkodkan kerana paras stok mempunyai hubungan songsang dengan harga.
Beliau berkata bagaimanapun, sejak Mei 2022, paras stok telah meningkat dan harga pula susut.
Pada September 2022, stok minyak sawit tempatan melebihi 2.3 juta tan, paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan dan harga minyak sawit terus susut kepada paras terendah sejak Jun 2021, katanya.
Sementara itu, pengeluaran minyak sawit tempatan dijangka berkurangan bagi tahun ketiga pada 2022 kerana kekurangan pekerja di ladang terus menjejaskan penuaian di negara ini.
MPOC mengunjurkan pengeluaran MSM di Malaysia pada 2022 mencecah 18.08 juta tan.
Beliau berkata namun, sebagai pengeluar terbesar dunia, Indonesia akan mencatatkan sedikit peningkatan pengeluaran minyak sawit disumbangkan terutama oleh kawasan tanaman kelapa sawit yang baru matang.
Pengeluaran minyak sawit di Indonesia dinjurkan mencapai 46.6 juta tan.
"Musim hujan ketika ini dijangka mengakibatkan banjir yang akan mengurangkan lagi pengeluaran di kedua-dua negara," katanya.
Wan Aishah berkata unjuran pengeluaran minyak sawit global pada 2022 ialah 77.2 juta tan manakala penggunaan pada 76.8 juta tan.
Minyak sawit masih akan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam bekalan minyak dan lemak, katanya.
POINTERS, seminar menerusi web anjuran MPOC, mengetengahkan tema 'Mitigating The Next Wave Of Market Uncertainties' (Meredakan Gelombang Ketidaktentuan Pasaran Akan Datang) bagi edisi kali ini.
Sebanyak lapan pembentangan akan dilakukan merangkumi topik antaranya kepentingan minyak sawit dalam situasi minyak makan yang tidak menentu, prestasi industri minyak sawit, pendekatan untuk mengatasi cabaran minyak sawit global serta hab minyak sawit untuk Afrika Timur.
Seminar empat hari itu berakhir pada 18 Nov, 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Permintaan tinggi, turun naik harga minyak mentah Brent dan ketegangan geopolitik jadi faktor menentukan arah pergerakan harga. - Pixabay
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.

Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.

Minyak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.

Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.