KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) menyasarkan nilai potensi jualan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah meningkat kepada RM50 juta tahun ini.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata sasaran berkenaan adalah lebih tinggi berbanding pencapaian tahun lepas iaitu sebanyak RM30.25 juta.
"Jika sasaran ini dapat dicapai maka anggaran peratus pencapaian nilai potensi jualan Usahawan IKS Sabah dapat ditingkatkan sebanyak 40 peratus berbanding pencapaian tahun lepas.
"Berikut adalah antara ekspo-ekspo yang telah dan akan disertai tahun ini iaitu Gulfood Expo di Dubai, Foodex di Tokyo, Thaifex Anuga Asia di Bangkok, World's Food Expo di Manila, HKTDC Food Expo Pro di Hong Kong dan MIHAS @Dubai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Suhaimi Nasir (ADUN Dilantik) mengenai usaha kementerian untuk meningkatkan IKS di Sabah.
Andi Muhammad Suryady berkata hasil penyertaan enam ekspo yang telah berlangsung, usahawan IKS Sabah berjaya menjana nilai jualan kaunter sebanyak RM830,000 dan potensi jualan sebanyak RM30.3 juta.
"Nilai ini telah melepasi pencapaian pada tahun lepas dan diharap sasaran yang ditetapkan dapat dicapai," katanya.
Beliau berkata kerajaan Sabah bersama Persatuan-persatuan badan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Cina tempatan dan Dewan-dewan Perniagaan Cina akan menganjurkan Sabah-China Business Summit 2024 (SCBS2024) pada 22 hingga 24 Nov depan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.
"Program SCBS 2024 ini dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun yang ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China khususnya Sabah dan China.
"Saya berharap Usahawan IKS khususnya di Sabah mampu memanfaatkan peluang yang ada seperti program, kursus dan bantuan disediakan di bawah kementerian saya agar mampu bersaing diperingkat global dan seterusnya meningkatkan ekonomi Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Andi Muhammad Suryady berkata sasaran berkenaan adalah lebih tinggi berbanding pencapaian tahun lepas iaitu sebanyak RM30.25 juta. - Gambar FB Andi Muhammad Suryady

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

MIDE sasar RM50 juta nilai potensi jualan usahawan IKS Sabah tahun ini
Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) menyasarkan nilai potensi jualan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah meningkat kepada RM50 juta tahun ini.