Kerajaan negeri mahu membuka semula beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa bagi merancakkan sektor pelancongan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada tahun depan.
Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata antara laluan domestik yang akan dibuka semula adalah ke Kota Bharu, Kelantan yang sebelum ini dikendalikan Malindo Air.
"Laluan baharu pula adalah ke Pulau Langkawi, Kedah yang belum lagi ditentukan syarikat penerbangannya.
"Selain itu, laluan antarabangsa baharu yang masih dalam perbincangan adalah bagi laluan Melaka ke Batam, Indonesia yang dijangka dikendalikan syarikat penerbangan hibrid Indonesia, Xpress Air.
"Setakat ini, kajian dan perbincangan yang kita sedang lakukan bagi merealisasikan hasrat ini menunjukkan respons positif dan kita yakin ia akan dapat dilaksanakan dengan jaya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar penerbangan semula Xpress Air dari Pekanbaru, Indonesia ke Melaka, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komersial Xpress Air, Swadono Poernomo dan Pengurus LTAM, Suhaimi Abdul Sani.
Mengulas lanjut, Lim berkata ketika ini LTAM mengendalikan penerbangan domestik dari Melaka ke Pulau Pinang dan penerbangan antarabangsa dari Melaka ke Pekanbaru dan Melaka ke Guangzhou, China yang dikendalikan Malindo Air, Xpress Air dan China Southern Airlines.
Beliau berkata selain destinasi utama itu, pelancong dari LTAM boleh menggunakan Xpress Air yang melakukan transit di tiga destinasi lain iaitu Palembang, Lampung dan Tanjung Pinang, Indonesia bagi laluan ke Pekanbaru.
Katanya, kerajaan Melaka menjangkakan pelancong atau penumpang yang menggunakan laluan udara di LTAM mencecah 100,000 orang tahun depan menerusi pembukaan laluan domestik dan antarabangsa baharu selain laluan sedia ada.
"Setakat Jan hingga hari ini, seramai 51,230 penumpang telah menggunakan LTAM sebagai laluan penerbangan ke destiansi yang ditawarkan.
"Penerbangan semula Xpress Air dari Pekanbaru ke Melaka mampu merancakkan sektor pelancongan perubatan di negeri ini memandangkan pelancong dari Indonesia adalah pelancong ketiga teramai ke Melaka," katanya.
Beliau berkata laluan dari Pekanbaru ke Melaka yang dihentikan Sept lalu selepas mula beroperasi di LTAM pada 29 April tahun ini adalah disebabkan Xpress Air terpaksa melakukan beberapa rombakan perjalanan dan penambahbaikan perkhidmatan laluan mereka.
Sepanjang operasinya di LTAM, Xpress Air telah mengendalikan 160 penerbangan dari Pekanbaru-Melaka-Pekanbaru dengan membawa 3,360 penumpang.
Seramai 15 penumpang dari Pekanbaru tiba di LTAM kira-kira pukul 2.10 petang tadi menggunakan pesawat Dornier 328 yang boleh membawa 32 penumpang bagi penerbangan empat hari seminggu itu bermula hari ini, melibatkan perjalanan kira-kira 30 minit. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 20 2016

Laluan antarabangsa baharu yang masih dalam perbincangan adalah bagi laluan Melaka ke Batam, Indonesia yang dijangka dikendalikan syarikat penerbangan hibrid Indonesia, Xpress Air. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pesawat latihan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Sebuah pesawat latihan jenis Piper PA28-181 9M-SKF dilaporkan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka hari ini.

MoT sokong Melaka tarik pelaburan ke LTAM - Loke
Kementerian Pengangkutan menyokong sebarang usaha dilakukan kerajaan negeri Melaka untuk menarik pelaburan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.

LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba

Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM
Kerajaan negeri mahu membuka semula beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa bagi merancakkan sektor pelancongan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada tahun depan.

Melaka terima penerbangan terus dari Haikou, China tahun depan
Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di wilayah Hainan, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.