Peningkatan ini didorong oleh kenaikan dalam pendapatan berasaskan dana bersih yang meningkat 20.1 peratus daripada RM324 juta kepada RM389 juta.
MBSB melaporkan, pertumbuhan ini disokong oleh peluasan portfolio pembiayaan dan margin yang bertambah baik.
Selain itu, pendapatan tidak dibiayai turut menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.6 peratus, dipacu oleh sumbangan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan perniagaan berkaitan pasaran.
"Ini menandakan usaha berterusan MBSB dalam mempelbagaikan sumber pendapatan dan memperkukuh aspek ini dalam perniagaan.
"Margin keuntungan bersih MBSB meningkat sebanyak 42 mata asas kepada 2.6 peratus pada suku ini, sejajar dengan fokus berterusan untuk meningkatkan aset pembiayaan dan kos pembiayaan sebagai sebahagian daripada usaha mengoptimumkan lembaran imbangan syarikat.
"Nisbah kos kepada pendapatan (CIR) juga menunjukkan penambahbaikan, menurun kepada 56.9 peratus daripada 58.7 peratus pada suku sebelumnya, apabila pertumbuhan pendapatan mengatasi perbelanjaan operasi dengan ketara," jelas MBSB dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Sementara itu, keuntungan operasi pra-peruntukan (PPOP) juga meningkat dengan ketara, melonjak sebanyak 28.5 peratus kepada RM194 juta, didorong oleh pertumbuhan pembiayaan yang kukuh, tumpuan kepada aset pembiayaan yang menghasilkan pulangan lebih tinggi dan kawalan kos yang berkesan.
"Pembiayaan kasar pula meningkat sebanyak 4 setakat tahun ini, dipacu oleh perbankan korporat dan perbankan komersial masing-masing pada kadar 8.5 peratus dan 17.4 peratus.
"Nisbah pembiayaan terjejas kasar (GIF) turut mencatatkan penurunan sebanyak 10 mata asas kepada 7.0 peratus daripada 7.1 peratus pada suku sebelumnya, mencerminkan komitmen berterusan MBSB terhadap usaha pemulihan dan pengambilan pelanggan berkualiti tinggi.
Kedudukan modal dan kecairan MBSB kekal kukuh, menyokong pertumbuhan aset yang berterusan dan meletakkan syarikat dalam kedudukan yang baik untuk merebut peluang pada masa depan.
Menurut MBSB, mereka akan terus komited kepada strategi mesra pelanggan dengan tumpuan berterusan kepada peningkatan kualiti aset.