KUALA LUMPUR: MIDF hari ini melancarkan pelan pembiayaan khusus untuk wanita - program Usahawan Wanita Berdikari PKS (M-WiSE) - yang disokong oleh MBSB Bank.
Pengerusi MBSB Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, inisiatif berkenaan adalah bukti komitmen kumpulan itu untuk merapatkan jurang jantina dalam pemilikan perniagaan dan menyokong pertumbuhan usahawan wanita.
"M-WiSE menjangkau penyelesaian kewangan konvensional; ia adalah pendekatan holistik yang bertujuan meningkatkan daya saing, kecekapan dan produktiviti PKS milik wanita.
"Strategi komprehensif di bawah M-WiSE, seperti peningkatan kebolehpasaran produk, pengembangan perniagaan dan penggunaan teknologi moden, direka untuk memperkasakan usahawan wanita agar berkembang maju dalam landskap perniagaan yang kompetitif hari ini," katanya semasa majlis pelancaran itu hari ini.
Menurut Wan Kamaruzaman, M-WiSE meliputi dua program utama - program bimbingan, iaitu MIDF akan menaja 10 perniagaan wanita mikro sebagai sebahagian daripada program GrowBiz SME Corp.
"Dengan melabur dalam pertumbuhan perniagaan ini, kami menyasarkan untuk memperkasa wanita dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengharungi kerumitan dunia perniagaan," katanya.
Wan Kamaruzaman berkata di bawah inisiatif program pembiayaan, MIDF menawarkan pembiayaan kepada PKS wanita dengan penarafan SCORE tiga bintang dan ke atas, seperti yang dinilai oleh Penarafan Daya Saing PKS SME Corp bagi Peningkatan (SCORE).
"Dengan kadar pembiayaan serendah 3.0 peratus setahun dan tempoh yang fleksibel, program ini bertujuan menyediakan penyelesaian kewangan yang boleh diakses dan mampu milik untuk memacu pengembangan dan pembangunan perusahaan milik wanita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Wan Kamaruzaman berkata, inisiatif berkenaan adalah bukti komitmen kumpulan itu untuk merapatkan jurang jantina dalam pemilikan perniagaan dan menyokong pertumbuhan usahawan wanita. - Gambar fail/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

MIDF lancar program pembiayaan khusus untuk wanita
MIDF hari ini melancarkan pelan pembiayaan khusus untuk wanita - program Usahawan Wanita Berdikari PKS (M-WiSE) - yang disokong oleh MBSB Bank.

Berita gembira buat rakyat Sarawak dalam Belanjawan 2024 - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Belanjawan Negeri 2024 yang akan dibentangkannya Isnin depan, bakal memberi khabar gembira kepada rakyat di negeri itu.

Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.

Komitmen melaksanakan amalan OSH yang baik di Sarawak masih rendah - Lam Thye
Tahap komitmen dalam kalangan usahawan IKS di Sarawak dalam melaksanakan inisiatif bagi menjaga amalan OSH yang baik untuk mencegah kemalangan, ketika ini didapati masih rendah.