KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menetapkan bahawa semua sayap Pemuda bahagian perlu membuat lantikan ahli jawatan kuasa melibatkan sekurang-kurangnya seorang individu berumur bawah 25 tahun.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya menerusi langkah ini akan cuba untuk mengembalikan semula kepercayaan orang muda terutama pengundi Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
"Dahulu nak masuk UMNO ini susah, tapi kali ini kita nak membuka ruang seluas-luasnya kepada semua anak muda luar sana. Kita hendak bawa anak muda ini untuk masuk UMNO dengan jalan yang mudah.
Sekarang ini kita tak boleh nak buat ikut cara lama seperti kena hantar borang dan cap. Dengan ada teknologi yang baharu kita akan mencari solusi dan langkah penyelesaian untuk memudahkan cara untuk menjadi ahli pemuda UMNO," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang pertama di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
"Tumpuan kali ini adalah untuk memperkukuhkan sokongan akar umbi UMNO. Kita akan menghadapi PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Jika kita lihat 51 peratus merupakan pengundi bawah 40 tahun dan kebanyakan mereka ini ada juga umur bawah 25 tahun juga. Oleh itu, kita akan memastikan pemuda (UMNO) mesti menjuarai suara rakyat," katanya.
Sementara itu, Muhamad Akmal berkata Pemuda UMNO tidak membantah pelaksanaan cagaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pinjaman bank yang akan dibuat oleh pencarum KWSP dan akan menyediakan cadangan penambahbaikan.
"Pemuda tidak pernah lari daripada perjuangan. Kita akan membawa isu rakyat, malah isu KWSP perlu diperjuangkan.
Kita tidak bantah tetapi kita ada cadangan penambahbaikan yang kita akan umumkan tidak lama lagi," katanya.
Semalam, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) yang akan dilaksanakan dalam dua fasa, bermula 7 April bagi Fasa Satu.
Pencarum KWSP berusia 40 tahun dan ke atas yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank menerusi FSA2 bermula 7 April inI di mana ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Pihaknya menerusi langkah ini akan cuba untuk mengembalikan semula kepercayaan orang muda terutama pengundi Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional. - Gambar fail/ Astro AWANI

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.