Malayan Banking Bhd (Maybank) kini menetapkan kadar asas (BR) dan kadar asas Islam bagi Maybank Islamic, pada 3.20 peratus yang berkuatkuasa hari ini.
Presiden Kumpulan Maybank dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias dalam satu kenyataan hari ini, berkata kadar asas itu menggantikan kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan (BFR), bagi pembiayaan Islam.
Ia akan menjadi kadar rujukan utama bagi semua kadar apungan runcit/pembiayaan baharu oleh Maybank/ Maybank Islamic dan selaras kerangka kadar rujukan baharu yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia.
Penetapan BR itu, katanya, dibuat berdasarkan penanda aras kos dana Maybank/Maybank Islamic, serta keperluan rizab berkanun (SRR).
Komponen lain penetapan nilai pinjaman seperti risiko kredit peminjam, risiko premium mudah tunai dan kos operasi akan turut dipaparkan dalam satu penyata di atas BR.
Mengikut kerangka baharu itu, kata Abdul Farid, semua pinjaman/ pembiayaan baharu seperti gadaian, pinjaman unit amanah, pembiayaan margin saham, pinjaman peribadi dan kemudahan overdraf yang dipohon pelanggan individu adalah berdasarkan BR berkenaan.
Pelanggan runcit yang mempunyai pinjaman/pembiayaan sedia ada berdasarkan BLR/BFR, akan terus terikat dengan syarat BLR/BFR berkenaan sehinggalah pinjaman itu selesai/tamat atau dikaji semula, mengikut yang mana sesuai digunapakai.
Bagi pelanggan yang sudah memohon bagi pinjaman/pembiayaan sebelum 2 Jan, 2015 dan diluluskan selepas itu, akan menyaksikan pinjaman mereka dibuat mengikut BLR/BFR yang dinyatakan.
Menurut Farid, BLR Maybank dan BFR Maybank Islamic masa kini, kekal pada 6.85 peratus.
Sehubungan itu, katanya, Maybank/Maybank Islamic akan terus memaparkan maklumat BR dan BLR/BFR di semua cawangan dan laman web syarikat itu.
Bernama
Fri Jan 02 2015
![Maybank, Maybank Islamic tetapkan kadar asas pada 3.20 peratus Maybank, Maybank Islamic tetapkan kadar asas pada 3.20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41420190768_295x200.jpg)
Kadar asas itu menggantikan kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan (BFR), bagi pembiayaan Islam.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671609123_Maybank.jpg)
Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini.
![Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442225665_bankislam.jpg)
Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus
Semakan semula kadar itu adalah disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus oleh Bank Negara Malaysia.
![Ambank turunkan BR, BLR kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus Ambank turunkan BR, BLR kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437044963_AMBANK.jpg)
Ambank turunkan BR, BLR kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus
Ia sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
![Maybank, Maybank Islamic tetapkan kadar asas pada 3.20 peratus Maybank, Maybank Islamic tetapkan kadar asas pada 3.20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41420190768_295x200.jpg)
Maybank, Maybank Islamic tetapkan kadar asas pada 3.20 peratus
Kadar asas itu menggantikan kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan (BFR), bagi pembiayaan Islam.