Ambank Holdings Bhd akan mengurangkan kadar asas (BR) dan kadar asas pinjamannya (BLR) sebanyak 20 mata, masing-masing kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus berkuat kuasa 19 Julai, 2016.
Ia sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sulaiman Mohd Tahir menyifatkan langkah itu tepat pada masanya dan dijangka memberi manfaat kepada pengguna serta ekonomi Malaysia.
"Ini tidak akan memberi kesan terhadap prestasi AmBank kerana merupakan pendekatan awal dan proaktif bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Malah, seiring ketidaktentuan global semasa, rangsangan sedemikian amat bertepatan pada masanya," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Sulaiman juga menyifatkan pengurangan kadar faedah itu dapat menampung ketidaktentuan berkenaan dengan menggalakkan penggunaan dan pelaburan.
Walaupun aspek deposit dilihat sebagai kurang menarik, namun bagi kemajuan masa depan, para pengguna dapat meninjau peluang pelaburan lain seperti saham amanah dan produk pengurusan kekayaan yang mampu mendatangkan pulangan lebih tinggi, katanya.
Menurut Sulaiman, sentimen pengguna dan keyakinan pelabur yang rendah juga berkemungkinan akan terus menjejaskan pertumbuhan domestik.
Namun, katanya, kadar BR/BLR itu akan dapat memanfaatkan peminjam sedia ada dan baharu.
"Secara keseluruhannya, saya yakin bahawa langkah ini berada di landasan yang tepat dan akan turut sama berperanan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam masa akan datang," katanya.
Bernama
Sat Jul 16 2016
Ia sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus. -Gambar fail
Federer titip pujian menjelang persaraan Nadal
Legenda tenis, Roger Federer memuji bekas seterunya Rafael Nadal menjelang persaraan atlet Sepanyol itu dari arena tenis di Piala Davis.
Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab
Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.
TERKINI] Lima daerah di Terengganu terjejas babit 1,622 mangsa
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Ribuan penunjuk perasaan 'kepung' Parlimen, bantah RUU digubal
Anggaran 42 ribu rakyat New Zealand berhimpun di Parlimen pada Selasa membantah usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU)yang akan mengurangkan hak suku Maori.
Dua remaja Australia dimasukkan ke hospital selepas keracuanan koktel
Dua remaja Australia dilapor dimasukkan ke hospital di Thailand selepas disyaki keracunan di Laos ketika mengembara bersama rakan-rakannya, lapor media Australia pada Selasa.
Bekas Menteri Luar Prak Sokhonn kembali galas jawatan
Perdana Menteri Hun Manet telah melantik semula ahli politik veteran, Prak Sokhonn sebagai Menteri Luar yang baharu untuk memacu dasar luar negara Kemboja, lapor Fresh News.
Pelajar cedera dirempuh kereta di hadapan sekolah
Beberapa pelajar cedera selepas sebuah kereta terbabas di luar bangunan sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, China.
PM Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra ke Thailand.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa, serta pihak dari Amerika Syarikat (AS), China, dan Eropah, bagi memastikan rantaian bekalan kekal stabil susulan jangkaan dasar baharu daripada pentadbiran AS.
Sasar 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
FINAS akan menerajui kempen kesedaran untuk mendidik pengeluar, penaja dan pekerja tentang faedah caruman KWSP.
Ambank turunkan BR, BLR kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus
Ia sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.