SINGAPURA: Langkah Kumpulan Maybank mengumumkan strategi korporat yang diperhalusi, M25+ kira-kira sembilan bulan lepas bagi membolehkannya memacu lima teras strategik serta melonjakkan pembangunan keupayaan utama untuk pertumbuhan mampan jangka panjang, turut berpaksikan matlamat yang lebih mendalam.
Bagi menyokong sasaran hasil daripada lima teras strategik itu, Maybank telah mengenal pasti 12 Program Strategik yang dapat memperkukuh asas dan daya saingnya dengan mewujudkan nilai hebat, meningkatkan pengalaman pelanggan, kerjasama rentas sektor serta integrasi serantau di peringkat keseluruhan kumpulan yang diupayakan oleh teknologi.
Salah satu program strategik itu adalah membangunkan kepimpinan perbankan Islam global menerusi usaha mewujudkan hab pengurusan kekayaan Islam global di Singapura dan Dubai.
Pada Invest ASEAN, acara persidangan Maybank di Singapura baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan Islam, Datuk Mohamed Rafique Merican sempat berkongsi dengan Bernama mengenai perjalanan untuk mencapai aspirasi global berkenaan.
Mengapa Singapura yang diketahui bukan sebuah negara Islam, menjadi tumpuan?
"Kami mahukan satu lokasi yang turut menjadi tempat selesa bagi tujuan melabur atau membuat simpanan. Kami juga perlu berada di tempat yang sememangnya menjadi tumpuan ramai.
"Mungkin, secara beransur-ansur selepas beberapa tahun, akan ada pusat lain bagi pengurusan kekayaan Islam namun pada masa ini dan di rantau ini, ia adalah Singapura. Lokasi lain adalah Hong Kong tetapi mungkin ini menjadi fasa akan datang yang perlu kami fikirkan."
Mohamed Rafique berkata walaupun bilangan penduduk Muslim di Singapura hanya 15 peratus, "namun ini juga mewakili sejumlah wang yang dapat diuruskan bagi pihak penggiat Muslim lain yang pada masa ini membuat tawaran secara konvensional."
Malah, katanya, kalangan Muslim di Malaysia, Indonesia, Brunei serta negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) meletakkan wang mereka di sini bagi tujuan jelas seperti "mempelbagaikannya dan (menjana) pulangan.
"Oleh itu, kami menganggapnya sebagai satu titik pertemuan yang menjadi peluang untuk kami ketengahkan cadangan berbeza iaitu kewangan Islam.
"Tiada pihak lain yang menawarkannya dalam skala yang kami cuba sasarkan di sini berteraskan lima tonggak yang menepati keperluan anda, bukan saja daripada perspektif kewangan atau perbankan tetapi keseluruhannya sehingga kepada pengagihan berdasarkan faraid."
Lima tonggak tersebut merujuk kepada aspek penciptaan, pengumpulan, pemuliharaan, penyucian serta pengagihan yang sememangnya menjadi pegangan kukuh Maybank.
Bagaimana dengan maklum balas daripada pihak berkuasa Singapura?
"Dari segi pandangan mereka, Singapura adalah sebuah negara yang terbuka bagi tujuan menjalankan perniagaan. Menerusi sesi libat urus dengan pihak pengawal selia di sini, mereka mengalu-alukan usaha ini yang merupakan satu cadangan serba unik. Sudah pasti, kami perlu mematuhi peraturan ditetapkan, namun kami juga telah lama menawarkan produk-produk Islam di Singapura sejak bertahun-tahun lamanya.
"Singapura adalah pusat pengurusan kekayaan dan mereka sukakan idea itu," kata Mohamed Rafique yang dilantik menggalas jawatan itu pada 1 Julai, 2016.
Beliau berkata, pengurusan kekayaan Islam wujud di Singapura namun tidak berdasarkan lima teras terbabit.
"Adakalanya, secara konvensional, kami boleh katakan turut menawarkan semua perkara itu tetapi (pada masa sama) bolehkah ini merangkumi aspek kerohanian? Kami berpandukan nasihat daripada pihak Syariah dan tidak hanya berdasarkan kepada logik undang-undang dan apa yang boleh diterima secara akal."
Apakah Maybank Islamic mempunyai kapasiti sewajarnya bagi tujuan pengembangan?
Pada masa sekarang, kira-kira 67 peratus pembiayaan untuk Maybank Malaysia adalah bercirikan Islam. Jika digabungkan dengan dua kedudukan lain - Singapura dan Indonesia, ini menyumbang kepada hampir 40 peratus kepada keuntungan sebelum cukai bagi Kumpulan Maybank.
Dari sudut aset, Maybank Islamic di kedudukan kelima dalam kelompok 10 teratas, satu-satunya bank Malaysia dan satu-satunya bank bukan GCC dalam senarai itu.
"Oleh itu, ini mewakili saiz yang agak besar. Bagi kami, memandangkan telah berkembang kepada skala tertentu, apakah kami bersedia untuk menerimanya? Memandangkan kami mempunyai francais yang kukuh, (tetapi) bolehkan kami memajukannya? Bolehkah kami melaksanakan pengembangan itu dan membuat tawaran lebih meluas daripada hanya tiga negara yang menjadi tempat tumpuan (pada masa ini)?" katanya.
Pada pandangan anda, bagaimana kedudukan Maybank Islamic dalam tempoh 5-10 tahun lagi?
"Saya sendiri berharap dapat melihat mereka yang melakukan perjalanan ke negara lain, berbicara mengenai kewangan Islam dan menyatakan bahawa telah menimba sedikit sebanyak pengetahuan daripada pihak kami dan berupaya melaksanakannya ke seluruh negara (masing-masing)," katanya.
Di sudut lain, Mohamed Rafique berharap kewangan Islam mampu berkembang ke tahap yang membolehkannya menjadi satu alternatif sebenar kepada kewangan konvensional.
"Ia ada jiwa dan berpandukan Syariah. Ini memberi perspektif berbeza bagaimana melihat satu-satu perkara itu."
Beliau juga menyifatkan pengurusan kewangan Islam sebagai satu cadangan unik yang "pada masa ini tidak banyak diketahui atau secara asasnya dikongsi dengan semua orang."
"Kami berpendapat, permintaan terhadapnya tetap ada kerana jumlah penduduk Muslim di peringkat global adalah kira-kira 1.7 bilion atau kira-kira 25 peratus daripada penduduk dunia. Kami boleh berkhidmat untuk mereka dan mengikut keperluan Syariah mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Dari sudut aset, Maybank Islamic di kedudukan kelima dalam kelompok 10 teratas, satu-satunya bank Malaysia dan satu-satunya bank bukan GCC dalam senarai itu. - BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.