KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 4.0 peratus tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi global yang agak sederhana, penggunaan swasta yang rendah dan peningkatan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Suhaimi Ilias berkata pertumbuhan sederhana tahun ini disokong oleh petunjuk berfrekuensi tinggi seperti Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan bagi Malaysia, yang telah merosot lebih rendah sejak suku keempat 2022 termasuk trend pertumbuhan import dan jumlah eksport yang pada dasarnya menyederhana dengan ketara dalam tempoh yang sama.
Bagaimanapun, pengeluaran lebihan simpanan yang telah dibangunkan sejak 2020 di tengah-tengah sekatan pergerakan serta langkah rangsangan ekonomi seperti pemberian tunai, bantuan kewangan dan skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM145 bilion, akan menyediakan penampan serta sokongan bagi pertumbuhan perbelanjaan pengguna.
"Isu utama yang menjejaskan prospek ekonomi tahun ini ialah persekitaran inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi yang akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
"Tetapi terdapat mitigasi ke atas risiko penurunan kepada pertumbuhan dan mungkin menghalang ekonomi daripada mengalami kemelesetan termasuk polisi monetari (pendirian) Bank Negara Malaysia (BNM) yang pada dasarnya beralih daripada akomodatif kepada neutral dan tidak ketat, serta ketersediaan simpanan berlebihan dalam ekonomi yang sedang dikeluarkan untuk mengekalkan perbelanjaan domestik, " katanya pada taklimat media maya mengenai prospek pasaran 2023 hari ini.
Suhaimi menjelaskan kenaikan 25 mata asas (bps) lagi kepada 3.0 peratus dalam kadar dasar semalaman (OPR) oleh BNM bulan ini, mengembalikan kadar itu ke tahap sebelum pandemik.
Beliau berkata inflasi termasuk kadar faedah yang tinggi akan memberi kesan ke atas kos sara hidup dan pendapatan boleh guna sebenar sambil mengunjurkan perbelanjaan pengguna mungkin perlahan kepada 6.0 peratus pada tahun ini berbanding 11.5 peratus yang direkodkan tahun lepas.
Sebaliknya, pemulihan dalam kemasukan pelancongan, disokong oleh permintaan terpendam yang berterusan sejak tahun lepas serta pembukaan sempadan China, jumlah perbelanjaan modal yang menggalakkan dan pelaburan sektor swasta yang diluluskan yang dijangka tahun ini akan memberikan sokongan kukuh kepada ekonomi Malaysia.
Suhaimi ketika mengulas mengenai pembentangan Bajet 2023 berkata kebimbangan pengundi terhadap kos sara hidup seperti makanan dan perumahan mampu milik, penambahbaikan perkhidmatan awam, pengangkutan, pendidikan dan penjagaan kesihatan perlu ditangani.
Terdapat juga keperluan untuk belanjawan itu diteliti bagi membawa pertumbuhan serta pembangunan yang lebih saksama di seluruh negara, terutamanya negeri-negeri yang kurang maju, supaya tiada pihak yang akan ketinggalan, katanya.
Menjawab soalan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Suhaimi menjelaskan pengenalan sebarang sistem cukai baharu bukan merupakan idea yang baik sekarang ini, memandangkan rakyat sedang terkesan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi, terutamanya barangan keperluan, di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.
"Sebarang hasil tambahan yang diperlukan kerajaan boleh datang daripada hasil bukan cukai dan pada dasarnya ia bergantung kepada dividen Petronas," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb 2023 semasa Mesyuarat Sulung Penggal Pertama Parlimen Ke-15.
Bernama
Thu Jan 05 2023
Menurut Suhaimi Ilias, Ketua Ahli Ekonomi, kenaikan 25 mata asas lagi kepada 3.0 peratus dalam kadar dasar semalaman (OPR) oleh BNM bulan ini, mengembalikan kadar itu ke tahap sebelum pandemik. - Gambar fail
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.