Maxis Bhd adalah syarikat telekomunikasi Malaysia pertama untuk menawarkan telefon pintar BlackBerry Z10 dalam pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Sandip Das berkata BlackBerry telah menjadi satu kemestian dalam kehidupan korporat selama lebih satu dekad.

"BlackBerry Z10 yang amat dinanti-nanti didatangkan dengan pelan kadar nilai untuk wang yang dipertingkat dan aplikasi eksklusif Maxis," katanya pada majlis pelancaran BlackBerry Z10 oleh Maxis hari ini.

Das berkata Maxis akan terus menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang akan memperkenalkan pasaran dengan peranti pintar, membina asas yang kukuh untuk menyokong perkhidmatan masa hadapan.

Sementara itu, pengarah negara BlackBerry (Malaysia) Annamalai Muthu berkata BlackBerry Z10 dikuasakan oleh platform BlackBerry 10 yang menawarkan kira-kira 17,000 aplikasi, termasuk lebih 100 aplikasi khas untuk pengguna tempatan.

Annamalai juga berkata BlackBerry menyasarkan untuk menduduki tempat kedua dalam senarai pengeluar telefon pintar di Malaysia, daripada kedudukan sekarang di tempat ketiga, menjelang akhir tahun ini dengan pelancaran BlackBerry Z10.

BlackBerry Z10 juga boleh didapati dalam warna hitam dan putih daripada pengedar Maxis esok, dengan harga runcit RM2,188.

Hotlink pula menawarkan harga istimewa untuk pelanggan Pelan BlackBerry Prabayar iaitu hanya RM1,888 untuk BlackBerry Z10, yang dilengkapkan dengan data percuma 1.5GB.

Tawaran ini bermula esok hingga 30 April.