KUALA LUMPUR: Subsidi, pada dasarnya, adalah penyelarasan jangka pendek dan perlu dimansuhkan secara berperingkat kerana ia boleh memberi kesan kepada harga sekiranya terus dilaksanakan bagi satu tempoh yang berpanjangan.
Malaysia yang mencatatkan belanjawan defisit menyaksikan kekangan dalam kedudukan fiskalnya berikutan langkah mengekalkan kos barang keperluan pada harga di bawah pasaran,
Subsidi kerajaan dianggarkan mencecah rekod RM80 bilion pada 2022, dengan subsidi bahan api dan minyak masak menyumbang separuh daripada jumlah itu.
Pada Januari tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata paras hutang negara termasuk liabiliti mencecah RM1.5 trilion dan perlu ditangani dengan segera kerana peningkatan hutang itu telahpun lebih 80 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara.
Pembaharuan struktur telahpun bermula. Pemansuhan subsidi secara berperingkat, antara lainnya, berada di landasan yang betul dengan kerajaan sedang meneliti dan memperhalusi mekanismenya.
Anwar, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada November tahun lepas berkata kerajaan memperuntukkan subsidi berjumlah RM66.3 bilion pada 2022, sebahagian besarnya untuk mengimbangi harga bahan api, elektrik dan ayam ternakan.
Profesor ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Geoffrey Williams berkata pembaharuan subsidi bagi elektrik adalah cara paling praktikal dan mudah untuk menghapuskan kesan herotan subsidi yang mana golongan berpendapatan paling tinggi paling banyak meraih manfaat daripadanya.
"Elektrik bermeter, jadi kami boleh mengenal pasti pengguna tertinggi dalam kumpulan T20 (20 peratus teratas daripada pendapatan isi rumah) dengan mudah. Menghapuskan subsidi kepada mereka yang menggunakan lebih daripada 600 kWj sebulan boleh menjimatkan RM1.96 bilion dan hanya akan menjejaskan 11 peratus isi rumah,” katanya kepada Bernama.
Pada 23 Jun, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengumumkan bahawa 1.0 peratus pengguna elektrik teratas di negara ini akan membayar tarif yang lebih tinggi antara Julai dan Disember tahun ini. Di bawah mekanisme pelepasan kos tidak seimbang baharu, kira-kira 83,000 pengguna akan membayar sekurang-kurangnya RM187 lebih sebulan.
Sementara itu, Williams berkata pemotongan subsidi bahan api boleh dicapai dengan cara yang sama seperti pemotongan subsidi elektrik -- dengan mengenakan harga penuh tanpa subsidi kepada pengguna tinggi dan harga bersubsidi rendah kepada pengguna rendah.
“Ini kebanyakannya merangkumi kumpulan T20 dan B40 (40 peratus terendah daripada pendapatan isi rumah). Menghapuskan subsidi untuk pengguna tinggi sahaja akan menjimatkan berpuluh bilion (ringgit). Teknologi ini boleh dicapai di tempat jualan di stesyen minyak. Orang tengahlah yang membantah perkara ini kerana mereka kerugian dari segi pembayaran,” katanya.
Williams menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu memahami isu ekonomi dan bahawa orang tengah serta kumpulan berpendapatan tinggilah yang paling mendapat manfaat daripada subsidi.
“Subsidi juga mengganggu pasaran dalam jangka panjang jadi kita memerlukan pembaharuan sekarang,” katanya.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kerajaan berada di landasan yang betul dengan melakukan pembaharuan subsidi memandangkan Malaysia sedang mengalami trend penurunan kadar inflasi dan ekonomi telah pulih ke tahap sebelum pandemik.
“Namun, walaupun sebahagian isi rumah sudah pulih, masih ramai yang memerlukan bantuan tambahan; justeru terdapat keperluan bagi subsidi bersasar daripada mengekalkan pendekatan secara lebih meluas,” katanya kepada Bernama.
Inflasi Malaysia terus menurun pada Mei 2023 dengan Indeks Harga Pengguna merosot kepada 2.8 peratus daripada 3.3 peratus pada bulan sebelumnya, terutamanya disumbangkan oleh kejatuhan indeks untuk makanan dan minuman bukan alkohol; pengangkutan; dan perabot, peralatan rumah dan penyelenggaraan rutin rumah.
Ia merupakan penurunan kadar inflasi negara bulan kesembilan berturut-turut sejak mencapai kemuncak 4.7 peratus pada Ogos tahun lepas.
Empat C untuk pembaharuan subsidi bahan api yang berjaya
Menurut Bank Dunia pada Jun 2022, cadangan pembaharuan subsidi Malaysia, yang bertujuan untuk menggantikan subsidi bahan api yang menyeluruh dengan sistem bersasar, adalah pendekatan yang sesuai, tetapi ia memerlukan input tambahan untuk menjamin kejayaan.
“Pada asasnya, kerajaan berusaha untuk menangani ekonomi politik di sebalik pembaharuan subsidi bahan api untuk mengatasi rintangan daripada mereka yang mendapat manfaat daripada status quo – biasanya segmen masyarakat yang kaya,” katanya.
Menurut bank itu, pembaharuan yang berjaya untuk Malaysia memerlukan 3 C -- komitmen yang berwibawa, konsensus dan penyelarasan (program kerajaan) -- yang disokong oleh C keempat, komunikasi. Ini perlu disertakan dengan naratif yang lebih daripada mengurangkan tekanan fiskal.
Ahmed Razman berkata kebiasaannya, apabila mana-mana kerajaan bercadang untuk memberi subsidi kepada rakyat, ia perlu dipadankan dengan hasil yang dijana melalui kutipan cukai.
Katanya pada masa ini, kerajaan dalam peringkat mengurangkan subsidi yang diperuntukkan untuk memastikan ia masih dapat menampungnya.
“Sekiranya mereka tidak mempunyai hasil yang mencukupi untuk itu, pembaharuan cukai mungkin diperlukan untuk memastikan kutipan mencukupi bagi tujuan pengeluaran subsidi,” kata Ahmed Razman.
Ketua Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata subsidi, pada dasarnya, adalah penyelarasan sementara dan perlu dimansuhkan selepas semuanya stabil.
Dalam kes Malaysia, katanya subsidi telah menjadi ciri kekal, yang menjadikan tugas untuk memansuhkannya amat mencabar.
“Subsidi akan menjejaskan harga pasaran. Ia boleh mengakibatkan penggunaan yang berlebihan dan kurangnya insentif kepada pengeluar untuk menghasilkan lebih daripada itu.
“Ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam ekonomi yang akan menghalang pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ekonomi,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Beliau berkata, untuk menghapuskannya, kerajaan memerlukan strategi termasuk memastikan pemberhentian itu dibuat secara beransur-ansur dan mengikut tempoh masa yang ketat.
Beliau berkata penjimatan daripada subsidi itu perlu disalurkan kembali kepada pihak yang sepatutnya dengan kaedah pantas kerana penghapusan subsidi adalah inflasi.
Mohd Afzanizam berkata terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang berhasrat untuk mengambil kesempatan daripada situasi ini, dan penguatkuasaan undang-undang serta pendakwaan yang cukup tegas diperlukan untuk mengurangkan sebarang kesilapan.
Beliau berkata isu-isu seperti manipulasi harga, perbuatan menyorokkan dan kartel perlu dihapuskan sepenuhnya menerusi penguatkuasaan tegas dalam undang-undang berkaitan. Dengan cara itu, penetapan harga pasaran akan adil dan telus.
“Pangkalan data bagi mereka yang layak menerima bantuan kewangan mudah tersedia.
“Pelaburan dalam pembinaan kapasiti juga perlu dipercepat terutamanya dalam bidang berkaitan pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur. Ini adalah pelaburan jangka panjang, dan bagi menikmati manfaat ini, pelaburan tersebut perlu dilaksanakan tepat pada masanya,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
![Masa tepat laksanakan pembaharuan subsidi, perlukan strategi tangani halangan - Pakar ekonomi Masa tepat laksanakan pembaharuan subsidi, perlukan strategi tangani halangan - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602569062_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Menurut Bank Dunia pada Jun 2022, cadangan pembaharuan subsidi Malaysia adalah pendekatan yang sesuai, tetapi memerlukan input tambahan untuk menjamin kejayaan. - Gambar hiasan
![MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721224913_DonDaniyalDonBiya.jpg)
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721223722_stomachache.jpg)
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
![JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
![VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721130840_AhmadMaslan.jpg)
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
![KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720441330_KPDNMelaka.jpg)
KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol
KPDN Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan harga gula - Fuziah Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan harga gula - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719733785_FuziahSalleh.jpg)
Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan harga gula - Fuziah
Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
![Inflasi meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 - DOSM Inflasi meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704345152_TBbnm.jpg)
Inflasi meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 - DOSM
Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 mata berbanding 130.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
![Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah
Beliau berkata perkara ini berikutan trend peningkatan jualan diesel komersial yang menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi, telah berkurang.
![Kerajaan yakin capai sasaran KDNK, inflasi tahun ini - Amir Hamzah Kerajaan yakin capai sasaran KDNK, inflasi tahun ini - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710829512_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
Kerajaan yakin capai sasaran KDNK, inflasi tahun ini - Amir Hamzah
Kerajaan yakin ekonomi negara masih tetap mencapai unjuran rasmi kadar inflasi dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini walaupun dengan pelaksanaan penyasaran semula sub
![Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan pengguna Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610042_Telurohtelur.jpg)
Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan pengguna
Orang ramai diminta melaporkan kepada KPDN jika harga telur ayam di pasaran didapati masih tidak berubah.
![Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718256733_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.
![198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN 198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718256733_diesel.jpg)
198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN
KPDN menerima keseluruhan Permohonan menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) daripada 40,264 syarikat.