Syarikat penerbangan Malindo Air hari ini memperkenalkan Phuket sebagai laluan ketiganya di Thailand dengan empat penerbangan seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin berkata, penerbangan sulung ke Phuket hari ini membawa 89 penumpang, termasuk kru penerbangan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.
"Malindo Air telah menyaksikan pertumbuhan pesat di rantau ini dengan menawarkan lebih banyak perkhidmatan kepada penumpang untuk perniagaan dan percutian.
"Perkhidmatan kami akan merangsang pembangunan industri pelancongan di Malaysia dan Thailand kerana kami mampu menawarkan kesambungan dari Thailand, bukan sahaja ke Malaysia, tetapi juga ke Indonesia, Australia dan India yang juga dalam lingkungan rangkaian perkhidmatan kami," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Dua lagi laluan perkhidmatan Malindo Air ke Thailand ialah Bangkok dan Chiang Mai.
Raja Sa'adi berkata, untuk laluan baharu ke Phuket, tambang pengenalan promosi untuk kelas ekonomi bagi perjalanan sehala termasuk semua akan bermula daripada RM139 dan kelas bisnes pula daripada RM599. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Dua lagi laluan perkhidmatan Malindo Air ke Thailand ialah Bangkok dan Chiang Mai. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Tiada kecederaan akibat keruntuhan kecil siling Skybridge KLIA2 - MAHB
Tiada kecederaan dilaporkan akibat keruntuhan kecil yang berlaku di Balai Berlepas 'Skybridge' Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada Selasa.
Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.
Lima lagi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang pada Jumaat
Lima lagi warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
Trafik penumpang udara Malaysia capai 80.8 juta pada 2023 - MAVCOM
MAVCOM ramal trafik penumpang udara pada 2023 akan berkembang 40 hingga 52 peratus tahun ke tahun.
Satu juta vaksin AZ sumbangan Jepun selamat mendarat di KLIA
Selain vaksin sumbangan Jepun, satu juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer-BioNTech akan diperoleh pada Jumaat sumbangan Amerika Syarikat.
Landasan 1 di KLIA pulih sepenuhnya - MAHB
Landasan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menyokong pemulihan operasi penerbangan, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
BTC mampu yakinkan pelabur asing ke Malaysia - Azmin Ali
Penubuhan BTC penting bagi menjamin keselamatan pelabur asing apabila mereka berada di negara ini untuk mengadakan perbincangan dan membuat keputusan pelaburan mereka.
KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia pada 2020 - Kaji selidik
Dapatan dari kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global bagi kategori melebihi 40 juta penumpang setahun pada 2020.
Kereta terbakar di KLIA, tiada unsur khianat - Polis
Punca kebakaran adalah disebabkan berlakunya litar pintas yang bermula dari kotak fius kenderaan.