KUALA LUMPUR: Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.
Menterinya Anthony Loke berkata kos penjenamaan tersebut termasuk dari segi pemasaran dan papan tanda, akan ditanggung pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
"Dari segi penjenamaan semula KLIA dan KLIA 2 kepada Terminal 1 dan Terminal 2, itu permohonan daripada MAHB, ia tiada kena-mengena dengan kerajaan. Pihak MAHB memohon supaya ia dipertimbangkan.
"Ia lebih kepada pemasaran lapangan terbang tersebut. Kos penjenamaan ini tidak melibatkan peruntukan daripada pihak kementerian," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu, di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai sebuah kapal kargo berdaftar di Malaysia, MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak Januari lepas, Loke berkata siasatan masih dijalankan dan sehingga kini, belum ada petunjuk berkenaan lokasi kapal tersebut.
Loke berkata pihaknya dengan kerjasama Kementerian Luar, akan terus memantau perkembangan siasatan berhubung kehilangan kapal tersebut.
Pada 9 Jan lepas, kapal kargo yang membawa muatan batang paip bernilai RM726,205 berserta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia dan laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat ejen kapal tersebut pada hari sama.
Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya sedang dalam proses memuktamadkan perolehan 10 set tren bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS), serta 12 set bagi perkhidmatan Komuter Utara dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM574 juta dan RM297 juta.
Beliau berkata perolehan itu bagi menambah kekerapan perkhidmatan yang disediakan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) khususnya ke utara tanah air.
"Sama ada kita gunakan model kita beli terus melalui perolehan tender atau pun lease model iaitu proses sewaan dengan pembekal sewakan (tren) kepada kita sebagai operator dan mereka bertanggungjawab untuk penyelengaraan," katanya.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM1.54 bilion bagi Kementerian Pengangkutan dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa, melalui undian suara majoriti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika perbahasan sesi jawatankuasa Belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.