GEORGE TOWN: Malaysia yakin untuk mencapai pertumbuhan positif dan mengelakkan kemelesetan pada tahun ini walaupun perlu berdepan dengan cabaran global, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Walaupun pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini diunjurkan sederhana berbanding 2022, Tengku Zafrul berkata, beliau optimis bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan.
"Definisi kemelesetan ialah pertumbuhan negatif KDNK (keluaran dalam negara kasar) bagi dua suku berturut-turut. Bank Negara Malaysia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah mengunjurkan Malaysia untuk terus meraih pertumbuhan ekonomi positif dalam julat tiga hingga lima peratus.
"Saya tidak fikir kita akan mengalami kemelesetan. Bagaimanapun, berbanding pertumbuhan yang telah kita capai pada 2022, akan terdapat sedikit kesederhanaan.
"Sehubungan itu, kita perlu merebut peluang ini untuk memastikan semua enjin pertumbuhan kita kekal aktif terutamanya dari segi perdagangan dan pelaburan," katanya kepada Bernama semasa lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Pada 2022, jumlah perdagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion untuk tahun kedua berturut-turut iaitu RM2.8 trilion, dengan eksport mencapai RM1.6 trilion, melebihi unjuran Rancangan Malaysia Ke-12 manakala import mencecah hampir RM1.3 trilion.
"Kita perlu menarik pelaburan berkualiti tinggi yang berupaya menawarkan pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan pendapatan negara. Kita juga mahu FDI (pelaburan langsung asing) ini dapat diterjemahkan kepada DDI (pelaburan langsung domestik).
"Sekiranya boleh, kita mahu membangunkan perusahaan kecil dan sederhana yang boleh menawarkan perkhidmatan dan menjadi pembekal kepada syarikat multinasional yang beroperasi di sini.
"Pulau Pinang ialah contoh terbaik untuk tujuan ini memandangkan banyak syarikat multinasional yang bekerjasama dengan syarikat kecil sehingga syarikat-syarikat ini dapat berkembang dan disenaraikan di bursa saham," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

TENGKU ZAFRUL: BNM, IMF dan Bank Dunia telah mengunjurkan Malaysia untuk terus meraih pertumbuhan ekonomi positif dalam julat tiga hingga lima peratus. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.

Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.