KUALA LUMPUR: Edisi ketujuh Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards (Top ECM) anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dengan Affin Bank Berhad sebagai penaja utama telah memperoleh jumlah jualan sebanyak RM58.9 juta dan 427,643 pesanan.
SIDEC dalam satu kenyataan memaklumkan, Top ECM tahun ini menerima permohonan tertinggi sejak edisi pertamanya, iaitu sebanyak 440 permohonan dengan peningkatan sebanyak 106.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, hanya 213 permohonan dicatatkan.
“Malaysia Top ECM Awards merupakan anugerah berprestij yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peniaga e-dagang tempatan yang paling berjaya, kreatif dan inovatif.
“Pada masa yang sama, pedagang yang mengambil bahagian dapat memanfaatkan peningkatan pengiktirafan dan berpeluang meningkatkan penjenamaan mereka di dalam industri,” kata kenyataan itu, baru-baru ini.
Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, pemenang Top ECM juga membawa pulang hadiah terkumpul RM60,000 dalam bentuk wang tunai dan hadiah menarik.
“Samu Giken Malaysia Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai juara Top ECM tahun ini, menerima wang tunai RM12,000, trofi dan sijil.
"Fipper Marketing Sdn Bhd dan Global Synergy Concepts Sdn Bhd merangkul tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 dan RM8,000, beserta trofi dan sijil.
“Memperoleh tempat keempat hingga ke-10 dan membawa pulang wang tunai RM3,000 setiap satu, beserta trofi dan sijil ialah Atlantic Hitz Sdn Bhd (Kids United Asia); ITSU World Sdn Bhd; Shapee Trading & Distribution (M) Sdn Bhd; Cutie Bright Enterprise; Guan Chong Yan Trading; Offspring Sdn Bhd dan Shong Heng Premier Home Centre Sdn Bhd,” katanya.
Jelasnya lagi, turut diperkenalkan AFFIN BANK Rising Star Awards yang mana tiga pemenang dipilih berdasarkan potensi perniagaan syarikat dan telah menjalankan perniagaan dalam talian kurang daripada tiga tahun serta disenarai pendek dalam 40 syarikat terbaik dalam kategori utama Top ECM.
“Buat julung kalinya juga, AFFINGEM Women Trailblazer Awards bertujuan untuk menyokong dan memupuk keusahawanan wanita, serta mengiktiraf usahawan wanita berjaya yang menjadi penentu arah dalam industri mereka,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping berkata, peningkatan yang konsisten dalam jumlah permohonan menunjukkan bahawa industri e-dagang terus berkembang dengan pesat.
Untuk rekod, Top ECM tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 25.3 peratus berbanding jualan tahun lepas sebanyak RM47 juta dan 358,609 tempahan.
Semua peniaga e-dagang yang mengambil bahagian dinilai berdasarkan tiga kriteria, iaitu peraduan jualan dalam talian (50 peratus), peraduan strim langsung (25 peratus) dan potensi perniagaan (25 peratus).
Ia diadili oleh tujuh individu yang dihormati dalam industri e-dagang melalui lima teras utama, iaitu produk, platform, keterlihatan, promosi dan potensi perniagaan.
Ehsan A Marisah
Sun Dec 18 2022
Top ECM tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 25.3 peratus berbanding jualan tahun lepas sebanyak RM47 juta dan 358,609 tempahan. - Foto SIDEC
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Malaysia Top ECM Awards edisi ketujuh peroleh jualan RM58.9 juta
Ia turut menerima permohonan tertinggi sejak edisi pertamanya, iaitu sebanyak 440 permohonan dengan peningkatan sebanyak 106.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, hanya 213 permohonan dicatatkan.
Sidec lancar Anugerah Peniaga E-Dagang Utama Malaysia edisi ketujuh
Top ECM yang memasuki edisi ketujuh itu disokong Affin Bank Berhad (Affin Bank) sebagai penaja utama dengan kerjasama platform e-dagang SUBPLACE.
Selangor komited pergiat usaha perkasa peniaga e-dagang
Pelbagai program dan usaha bermanfaat telah dijayakan melalui agensi di bawah negeri itu bagi menyokong peniaga arah pendigitalan.