KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan pembaharuan sebenar dalam dasar buruh bagi menangani masalah berkaitan perhambaan moden terutama apabila semakin banyak syarikat tempatan menghadapi dakwaan penggunaan buruh paksa sejak akhir-akhir ini.
Perkara ini ditegaskan Ketua Ekonomi AmInvestment Bank Research, Dr Anthony Dass yang turut menggesa supaya dasar itu dapat memastikan syarikat-syarikat di negara ini menambah baik rangkaian bekalan yang mematuhi amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka 'kehilangan peluang' dalam perniagaan tersebut.
"Langkah drastik ini juga dapat memupuk disiplin dalam kalangan perniagaan dan memacu mereka ke arah meningkatkan nilai ESG selain memberi fokus kepada meraih keuntungan semata-mata," jelasnya dalam laporan tematik hari ini.
Menurut beliau, isu perhambaan moden ini jika tidak ditangani akan mengheret kepada risiko pelaburan yang serius dan akan menjejaskan aliran masuk pelaburan.
Katanya, ini termasuklah kemusnahan kepada jenama dan reputasi syarikat, perubahan peraturan dan risiko perniagaan.
Dalam hal ini, tambahnya, negara tidak boleh bergantung kepada kerajaan sahaja untuk menghapuskan masalah perhambaan moden ini.
"Tiada dasar yang berkesan dan efisien tanpa membangunkan ekosistem yang kukuh dengan menerapkan ESG.
"Ini akhirnya, memerlukan sokongan semua pihak termasuk daripada kerajaan, perniagaan dan komuniti," tegasnya.
Isu berkaitan amalan buruh ini dilihat semakin meruncing apabila pada 25 November lalu, Dyson Operations Pte Ltd (Dyson Operations) dan Dyson Manufacturing Sdn Bhd (Dyson Manufacturing) menamatkan kontrak dengan pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS Bhd.
Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, syarikat Malaysia iaitu Sime Darby Plantations Bhd., FGV Holdings Bhd., Top Glove Corp. Bhd. dan Supermax Corp. Bhd. dikenakan sekatan perintah tahan pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) disebabkan dakwaan penggunaan buruh paksa.
Menurut Anthony, pandemik COVID-19 semakin memburukkan isu berkaitan amalan buruh ini termasuk bagi industri sarung tangan getah.
"Apa yang dipanggil sebagai perubahan kuasa kepada pengeluar disebabkan pandemik ini adalah tidak berkekalan.
"Ini amat penting untuk memastikan penambahbaikan dalam standard amalan buruh sebagai sebahagian daripada strategi rantaian bekalan yang kukuh, tanpa memberi fokus untuk meraih keuntungan semata-mata," jelasnya.
Beliau sekali lagi meningatkan supaya langkah segera dapat diambil bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk kepada ekonomi dan mengambil serius mengenai komitmen ke arah kemampanan.
"Risiko kebanyakan syarikat global untuk mengecualikan syarikat dari Malaysia yang didakwa terlibat dengan amalan buruh paksa daripada rantaian bekalan adalah tinggi.
"Tambahan pula, pelabur kini menggunakan faktor bukan kewangan sebagai sebahagian daripada analisis untuk mengenal pasti risiko dan peluang pertumbuhan, dan ini menunjukkan betapa pentingnya penilaian terhadap ESG," katanya.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Dec 07 2021
Sektor perladangan antara yang terjejas dengan dakwaan penggunaan buruh paksa. - Gambar hiasan
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.
Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
Remaja jadi buruh paksa, dipantau CCTV
Polis menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di dua kilang, di sini, pada Rabu.
Kilang proses ayam diserbu, majikan abai tanggungjawab
Tiada perakuan penginapan, penyata gaji serta membuat potongan gaji secara tidak sah adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Bersepadu Mega Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar).
Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.
Dua buruh paksa mangsa eksploitasi diselamatkan polis
Dua warga asing disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa di sebuah kilang kitar semula barangan terpakai di kawasan Perindustrian Kundang, di sini diselamatkan polis, pada Khamis.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.
Supermax akan sambung semula eksport sarung tangan pakai buang ke AS
Supermax Corporation Bhd (SCB) dan anak syarikat milik penuhnya telah dibenarkan untuk menyambung semula eksport sarung tangan pakai buangnya ke Amerika Syarikat (AS) bermula 18 Sept, 2023.
Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar
Majikan digesa untuk mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji pekerja susulan terdapat aduan bahawa segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.