SETIAP negara yang semakin maju akan mengalami proses deindustrilisasi.
Malaysia juga tidak ketinggalan, tegas Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Intitute (KRI), Allen Ng.
Namun, tidak seperti negara maju lain yang menyaksikan tenaga kerjanya dapat diserap terus ke sektor perkhidmatan bernilai tinggi, golongan pekerja Malaysia masih berada di sektor pertanian, pembuatan dan lain-lain industri separuh mahir.
“Negara yang semakin maju akan menyaksikan proses deindustrilisasi, jadi banyak pekerjaan dalam bidang pembuatan akan diganti dengan jenis pekerjaan yang lebih moden yang berkemahiran tinggi,” kata Ng.
Di Malaysia, 70 peratus daripada warga kerja di negara ini masih 'terperangkap' dalam sektor pekerjaan berkemahiran rendah.
Kajian Khazanah Research Institute bertajuk 'Ketidaksamarataan dan Pembahagian Pendapatan Malaysia' mendedahkan antara tahun 2010 hingga 2014, sektor perkhidmatan moden hanya menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negara maju lain sekitar 20 hingga 25 peratus.
Ng turut menjelaskan apa langkah terbaik yang patut diambil oleh negara ini bagi menghadapi proses deindustrilisasi, tanpa menjejaskan produktiviti.
“Penyelesaian utama yang harus dilaksanakan kerajaan ialah antaranya melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, Ketika ini, 70 peratus pekerja Malaysia adalah mereka yang berpendidikan sekolah menengah dan ke bawah.
Bagi mewujudkan rakyat Malaysia ‘kalis masa”, usaha berterusan harus dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehan pekerja seterusnya mewujudkan jenis pekerjaan baharu, tambah Ng.
Shafizan Johari
Fri Jan 19 2018

Jelas Ng, Malaysia perlu memikirkan langkah terbaik bagi menghadapi proses deindustrilisasi, tanpa menjejaskan produktiviti. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia ekonomi membangun paling inklusif Asia - WEF
Malaysia dinobat sebagai ekonomi membangun Asia paling inklusif oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018, naik dua anak tangga berbanding di tempat ketiga tahun lalu.

Malaysia perlu bentuk rakyat yang 'rintang masa' - Pakar ekonomi
70 peratus pekerja Malaysia masih terperangkap sebagai pekerjaan berkemahiran rendah, menjadi cabaran utama kepada proses deindustrilisasi.