KUALA LUMPUR: Malaysia perlu belajar dari China untuk melonjakkan ekonominya, terutamanya dari segi inovasi teknologi dan pembuatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata meskipun kelembapan ekonomi China menjejaskan sektor pembangunan dan pembinaan hartanah, sektor pembuatan dan teknologi negara itu masih mempamerkan prestasi yang sangat baik.
"Melonjakkan ekonomi bermakna anda tidak terus menghasilkan pada tahap yang sama. Anda mesti cuba meningkatkannya menerusi teknologi untuk menghasilkan dengan menggunakan automasi serta membuat perancangan digital.
"Kita perlu melakukannya dengan cara berbeza dan mencapainya pada tahap tertinggi dengan gaji tinggi, produktiviti tinggi dan pertumbuhan tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara padanan bisnes perniagaan kepada perniagaan Malaysia-China Ke-5 bersempena dengan Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023, di sini, hari ini.
Liewa berkata rangka kerja Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini juga bertujuan untuk melonjakkan ekonomi Malaysia.
Mengenai CAEXPO 2023, beliau berkongsi bahawa Anwar akan menghadiri ekspo tersebut pada 17 Sept di Nanning, China, dan lawatan itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara serta sebagai persiapan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China.
Sementara itu, pengarah kanan bahagian penggalakan eksport dan akses pasaran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Amran Yem dalam ucapannya berkata hubungan erat Malaysia dan China bukan sahaja memelihara malahan mendorong trajektori hubungan ekonomi yang kukuh dan dinamik antara kedua-dua negara.
"Ketika ini, hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China berkembang dengan baik dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada 2022 berjumlah hampir RM500 bilion, meningkat 15.6 peratus berbanding 2021.
"Eksport Malaysia melepasi paras RM200 bilion buat pertama kali, berkembang sebanyak 9.4 peratus kepada RM211 bilion dan merupakan nilai tertinggi pernah direkodkan. Begitu juga, import merekodkan hampir RM300 bilion dengan pertumbuhan 20.7 peratus," katanya.
Selepas hampir tiga tahun sempadan ditutup, tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 CAEXPO dan begitu juga penyertaan Malaysia.
Sejak 2004, penyertaan Malaysia dalam CAEXPO telah berjaya membantu lebih daripada 2,000 syarikat dengan urusan perniagaan terkumpul berjumlah lebih AS$1 bilion, katanya.
Banyak jenama Malaysia telah menyertainya dan malahan mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran China melalui penyertaan mereka dalam CAEXPO dan ia menandakan ekspo tersebut sebagai platform penting bagi syarikat Malaysia untuk meneroka lebih jauh ke pasaran China yang amat besar, katanya.
Bagi CAEXPO tahun ini, Amran berkata, MATRADE sedang menyelaraskan sejumlah 107 syarikat Malaysia yang akan mempamerkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan bernilai tinggi mereka termasuk penjagaan kesihatan dan kesihatan, farmaseutikal, kosmetik dan peralatan mandian, minyak sawit sebagai biojisim, makanan dan minuman serta sektor perkhidmatan termasuk perakaunan, reka bentuk dalaman dan pendidikan.
"Bagi mesyuarat B2B tahun ini, ia dijangka menggunakan mod hibrid dengan sesi mesyuarat perniagaan maya bermula hari ini hingga 8 Sept 2023.
"Mesyuarat perniagaan fizikal akan diadakan dari 16 hingga 19 Sept sebagai susulan. Dijangkakan lebih 200 mesyuarat perniagaan akan diadakan untuk kedua-dua sesi fizikal dan maya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Liew bercakap kepada pemberita selepas melancarkan acara padanan bisnes perniagaan kepada perniagaan Malaysia-China Ke-5 bersempena dengan Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023, di sini, hari ini. - Foto Bernama
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Malaysia perlu belajar dari China untuk lonjakkan ekonomi - MITI
Malaysia perlu belajar dari China untuk melonjakkan ekonominya, terutamanya dari segi inovasi teknologi dan pembuatan.
Belanjawan 2021: Tiada lonjakan pulih ekonomi - Anwar Ibrahim
Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.