KUALA LUMPUR :Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.
Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.
“Keluhan paling ketara adalah tidak ada satu lonjakan bagaimana kita boleh pulihkan ekonomi dan itu bagi saya adalah kelemmahan besar.
“Belanjawan ini tidak beri gambaran yang boleh rangsang ekonomi agar boleh hidup dan segar. Kedua, tiada penyelesaian masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja kerana itu adalah perkara paling besar.
“(Selain itu) Perkara pokok yang akan kita bahaskan Isnin ini termasuk unjuran angka yang dibentangkan yang saya lihat membimbangkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi awal kepada pembetangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan pada Jumaat.
Sementara itu, Anwar berkata peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga terlalu tinggi.
“Perkara kedua adalah (peruntukan) propaganda JASA yang menjangkau lebih RM80 juta berbanding peruntukan untuk orang kurang upaya (OKU) dan rakyat miskin.
“Angka-angka ini kita akan bahaskan dan apabila sudah dibahaskan baru kita dapat lihat secara keseluruhannya... dan bukan sekadar rakyat dapat RM300 atau RM500,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang mengambil kira usul yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Nov 06 2020
![Belanjawan 2021: Tiada lonjakan pulih ekonomi - Anwar Ibrahim Belanjawan 2021: Tiada lonjakan pulih ekonomi - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602740690_TBPcAnwar.jpg)
Anwar berkata peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga terlalu tinggi. Foto: Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
![[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET [KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667893373_calon.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
![DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636710291_TBdouglasuggah.jpg)
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
![500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM 500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639276756_PerasmianHariA.jpg)
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
![Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638674793_TBHajijiNoor.jpg)
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
![Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598191596_PPR.jpg)
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
![4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun 4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632120423_TBRinaHarunjpg.jpg)
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
![Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628115700_TengkuZafrul.jpg)
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
![COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629537718_BandarayaMelaka.jpg)
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
![[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan? [KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622894649_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
![Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612877193_NajibRazak.jpg)
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.