KUALA LUMPUR: Malaysia yang bersandarkan prestasi perdagangan serta perbelanjaan domestik yang kukuh, mempunyai alasan wajar untuk kekal yakin terhadap ekonominya yang dijangka berkembang 6.0 peratus tahun ini, kata MIDF Amanah Investment Bank.
Sehubungan itu, bank pelaburan tersebut mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 6.0 peratus tahun ini, hampir dua kali ganda daripada 3.1 peratus yang dicatat pada tahun lepas.
Dalam nota tinjauannya pada Isnin, bank pelaburan itu turut menyifatkan momentum pertumbuhan yang menggalakkan dalam ekonomi domestik dipercayai akan berterusan sehingga ke separuh kedua 2022.
Ia berkata indeks pelopor (IP) yang memberi isyarat momentum pertumbuhan berterusan, kembali pulih ke paras pertumbuhan positif bagi Mei lepas pada 2.2 peratus tahun ke tahun selepas mengalami penguncupan selama tiga bulan, disokong oleh import benar lebih tinggi bagi logam asas dan bukan ferus lain berikutan langkah perniagaan membeli lebih banyak barangan perantaraan sebagai jangkaan peningkatan prospek perniagaan serta permintaan.
Menurutnya, aktiviti ekonomi semasa juga terus meningkat apabila Indeks Kebetulan naik ketara pada 6.4 peratus tahun ke tahun -- pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 12 bulan yang didorong terutamanya oleh pengukuhan kegiatan runcit.
"Ini disokong oleh unjuran pertumbuhan perbelanjaan domestik, dipacu oleh pemulihan berterusan dalam pasaran kerja, peningkatan mobiliti rakyat dan pertambahan jumlah pelancong susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa," katanya.
Malah, data terkini menunjukkan aktiviti perbelanjaan domestik tumbuh lebih ketara dan mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa tersebut biarpun dalam persekitaran inflasi yang meningkat.
Menurut bank itu, secara keseluruhannya, tekanan harga di Malaysia juga kekal stabil yang didorong oleh kekangan harga bahan api.
"Bagi kemajuan masa depan, kami menjangkakan sektor penggunaan dan perkhidmatan swasta menyumbang kepada pengukuhan pertumbuhan suku kedua dan separuh kedua 2022 di tengah-tengah permintaan domestik yang mantap," katanya.
MIDF berkata bagi suku kedua, purata pertumbuhan tiga bulan untuk jualan dagangan beragihan adalah kukuh pada 15 peratus tahun ke tahun.
"Bagaimanapun, kami berpendapat masih terdapat risiko penurunan bagi unjuran pertumbuhan yang disumbangkan terutamanya oleh faktor luaran seperti pertumbuhan kurang memberangsangkan di China, konlik ketenteraan yang berterusan di Ukraine, perubahan harga komoditi global dan ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Data terkini menunjukkan aktiviti perbelanjaan domestik tumbuh lebih ketara dan mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.