KUALA LUMPUR: Google Cloud, sistem perkomputeran awan yang ditawarkan oleh Google LLC mengumumkan rancangan untuk menambah wilayah awan di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan di Asia Pasifik.
Malaysia akan menjadi antara tiga negara tambahan, selain Thailand dan New Zealand, untuk menyertai enam wilayah Google Cloud lain yang diumumkan sebelum ini, iaitu Berlin, Dammam, Doha, Mexico, Tel Aviv, dan Turin.
Bagaimanapun, Google tidak memperincikan di kawasan mana wilayah itu akan ditempatkan di Malaysia.
Apabila ia dilancarkan, wilayah baharu ini akan menyertai 34 wilayah awan Google yang sedang beroperasi di seluruh dunia, 11 daripadanya berada di Asia-Pasifik, dan Google mendakwa mereka sedang menyampaikan “perkhidmatan berprestasi tinggi” yang dijalankan pada “awan terbersih dalam industri”.
Naib Presiden Google Cloud Asia-Pasifik, Karan Bajwa berkata, wilayah baharu di Malaysia, Thailand dan New Zealand akan membantu pelanggan untuk terus mendayakan pertumbuhan dan menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang paling kritikal.
"Kami akan bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memastikan kawasan itu bersesuaian dengan keperluan mereka.
"Kawasan awan baharu ini mewakili komitmen berterusan kami untuk menyokong transformasi digital di seluruh Asia-Pasifik,” katanya.
Bajwa menyatakan bahawa Google akan terus melabur dalam mengembangkan ketersambungan ke seluruh rantau dengan bekerjasama dengan rakan kongsi dalam industri telekomunikasi untuk mewujudkan kabel dasar laut — termasuk Apricot, Echo, JGA South, INDIGO dan Topaz — dan tempat kehadiran di bandar utama.
Sementara itu, International Data Corp (IDC) menjangkakan jumlah perbelanjaan perkhidmatan awan di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun akan mencecah AS$282 bilion (RM1.26 trilion) menjelang 2025. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Aug 11 2022
Google bagaimanapun tidak memperincikan di kawasan mana wilayah itu akan ditempatkan di Malaysia. -Gambar fail/REUTERS
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Maxis, Google Cloud perluas kerjasama, integrasi GenAI dalam perkhidmatan
Maxis telah memperluas kerjasama strategik bersama Google Cloud dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif (GenAI) ke dalam aliran kerja dan penawaran perkhidmatannya.
Google Cloud umum bawa wilayah awan pertama ke Malaysia
Google Cloud mengumumkan akan membawa wilayah awan pertamanya ke Malaysia bagi memenuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia.
Malaysia jadi salah satu wilayah Google Cloud di Asia Pasifik
Google bagaimanapun tidak memperincikan di kawasan mana wilayah itu akan ditempatkan di Malaysia.