KUALA LUMPUR:Malaysia harus merebut peluang yang tersedia hasil penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Singapura tahun depan, kata Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Beliau yang juga berharap Malaysia segera merombak sektor mesyuarat, insentif, persidangan, pameran (MICE) supaya ia lebih relavan dan diterima masyarakat dunia.
"Saya sedikit sebanyak terkejut dengan perkembangan terkini yang mana Singapura boleh anjurkan persidangan sebesar (WEF).
"Pada hemat saya sudah tentu Malaysia harus buka mata bahawa industri MICE akan berubah ke negara Singapura. ini kebimbangan saya.
"Disebabkan pandemik COVID-19, ramai peserta industri MICE yang saya temui mengatakan mereka rugi hampir RM3 bilion dan hampir 82,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan," katanya yang jugah Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik Persatuan Pusat Perdagangan Dunia (WTCA).
BACA: Singapura negara Asia pertama dipilih jadi tuan rumah WEF
Irmohizam berkata, Malaysia seharusnya menggunakan kedudukan selaku Pengerusi APEC 2020 untuk mengambil peluang merencana perkongsian kesan limpah positif dengan Singapura untuk penganjuran WEF.
"Sudah sampai masa kita ubah landskap atau paradigma industri MICE kepada penganjuran acara perniagaan atau Business Event Industry merangkumi seluruh landskap, berbanding hanya tertumpu kepada pelancongan," katanya lagi.
Irmohizam juga mencadangkan selepas vaksin diterima, pengembara perniagaan harus dikecualikan daripada kuarantin wajib bagi mengalakkan kemasukan mereka ke Malaysia.
"Ini akan menunjukan persepsi positif untuk mereka datang dan adakan persidangan serta acara industri perniagaan di Malaysia.
"Kita akan berjaya wujudkan pekerjaan dan selamatkan industri ini yang terjejas akibat COVID-19 malah meletakan Malaysia sebagai negara yang dihormati." katanya.
Najib Aroff
Tue Dec 08 2020

Irmohizam juga mencadangkan selepas vaksin diterima, pengembara perniagaan harus dikecualikan daripada kuarantin wajib bagi mengalakkan kemasukan mereka ke Malaysia. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.