KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ketiga paling kompetitif di dunia, selepas India dan China, menurut indeks oleh firma perunding global Kearney.
Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 firma itu menunjukkan bahawa negara-negara Asia terus mengambil tujuh tempat dalam 10 teratas, dengan India di tempat pertama dengan skor 7.09, diikuti China (6.80) dan Malaysia (6.22).
Indeks ini, yang dikeluarkan setiap dua tahun, menjejaki kontur landskap global melibatkan 60 negara dengan empat kategori utama - daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan pekerja, persekitaran perniagaan dan kualiti digital.
Lokasi GBS membolehkan syarikat multinasional (MNC) atau organisasi yang besar memusatkan operasi dan aktiviti perniagaan mereka, seperti kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat (IT) dan pemerolehan di negara tertentu untuk menyediakan perkhidmatan bersama, kata Perunding Transformasi Perniagaan Joon Teoh.
Beliau berkata antara MNC yang telah mewujudkan pusat GBS di Malaysia ialah Shell, AstraZeneca, British American Tobacco dan Bash.
"Bagi IGO (organisasi antarabangsa antara kerajaan), kita mempunyai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tarikan terbesar Malaysia ialah kepelbagaian bakat, termasuk bahasa yang mampu memberikan perkhidmatan kepada pelbagai negara," katanya kepada Bernama dalam temu bual secara maya baru-baru ini.
Beliau berkata pusat GBS memberikan perkhidmatan kepada pekerja mereka sendiri dalam syarikat atau organisasi di seluruh dunia.
"Misalnya, jika mana-mana kakitangan mereka, tidak kira di mana mereka berada, perlu melakukan perjalanan ke luar negara, tiket penerbangan mereka, pembayaran dan sebagainya akan diuruskan oleh pusat GBS yang ditetapkan di Malaysia atau negara lain.
"Bagaimana mereka (pusat GBS) berbuat demikian? Di sinilah peranan teknologi kerana anda perlu memastikannya (berlaku) dalam platform digital untuk mereka memasukkan tuntutan mereka atau membeli tiket penerbangan mereka (serta) untuk pembekal menghantar invois dan lain-lain," katanya.
Teoh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agos Asia berkata kerajaan Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan GBS di negara ini, termasuk menggariskan kepentingan sektor itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Beliau berkata ini berikutan apabila pusat GBS diwujudkan, ia biasanya dari 150 hingga lebih ribuan pekerja, yang bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan yang luas tetapi turut membantu meningkatkan proses pendigitalan negara.
"Kerajaan cuba meletakkan kami (sektor GBS) dalam trajektori keluk nilai berikutan ia akan menjadi mustahil untuk kami bersaing dengan China dan India dari segi jumlah dan tenaga kerja.
"Kami hanya boleh melakukan (ini) dengan menyediakan kemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan sejajar dengan transformasi digital," katanya.
Katanya itu akan menjadi cadangan nilai negara apabila pusat GBS di Malaysia berkembang menjadi pusat kecemerlangan, diterajui oleh pasukan tempatan untuk menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan, antara lainnya, termasuk automasi proses robotik dan analisis.
Menurut RMK-12, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan akan diberikan kepada memacu pembangunan industri strategik dan berimpak tinggi, termasuk elektrik dan elektronik, perkhidmatan global (GS) dan aeroangkasa.
GS, yang terdiri daripada hab utama, GBS dan operasi ibu pejabat, merupakan penyumbang utama pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor perkhidmatan.
Pelaburan yang diluluskan dalam GS oleh syarikat multinasional dicatatkan sebanyak RM46.1 bilion, menyumbang 51.7 peratus daripada jumlah FDI dalam sektor perkhidmatan dari 2016 hingga 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
![Malaysia disenarai lokasi GBS ketiga paling kompetitif di dunia selepas India, China Malaysia disenarai lokasi GBS ketiga paling kompetitif di dunia selepas India, China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661683796_KUALALUMPUR.jpg)
Kerajaan Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan GBS, termasuk menggariskan kepentingan sektor itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). - Gambar hiasan/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin
Serangan pada Sabtu mengorbankan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan individu lain.
![Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720870240_Keretaapithailand.jpg)
Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian
Perkhidmatan kereta api penumpang merentasi sempadan Thailand-Laos memulakan operasi percubaannya pada Jumaat.
![Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717426717_Kualalumpur.jpg)
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
![Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720782291_KualaLumpur.jpg)
Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi
Majalah Forbes baru-baru ini telah menerbitkan satu artikel yang sangat menarik tentang Malaysia yang sewajarnya perlu diberi perhatian oleh akhbar tempatan dan juga antarabangsa.
![Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan
Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720528606_SulungQingdao.jpg)
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
![Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720219967_tbMarkasPemerintaha.jpg)
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
![Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720171355_MOHDRABINBASIR.jpg)
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.