KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi antara ekonomi yang mendapat kelebihan daripada harga komoditi yang tinggi dan membayar harga yang lebih rendah dari segi inflasi kerana ia mengeksport pengeluaran domestiknya, menurut laporan Moody's Analytics.
Laporan itu menekankan bahawa Malaysia, Colombia, Indonesia dan Arab Saudi adalah antara beberapa ekonomi yang akan mendapat manfaat daripada harga komoditi yang tinggi.
"Bagi Colombia dan Arab Saudi, ia (komoditi) adalah minyak mentah. Bagi Indonesia dan Malaysia ia adalah minyak sawit, yang harganya telah melonjak berikutan kekurangan teruk minyak bunga matahari yang dikeluarkan oleh Rusia dan Ukraine," kata pakar ekonomi kanan Jesse Rogers dalam analisis bertajuk "Emerging Market View: The Growth Recession".
Beliau berkata bagi ekonomi sedang pesat membangun lain dunia, inflasi semakin tinggi, dan bank-bank pusat tidak akan berputus asa sehingga ia dapat dibendung.
"Dasar monetari di kebanyakan Amerika Latin kini berada dalam zon yang terbatas. Malah di Asia Tenggara, yang mana inflasi adalah agak janggal, harga yang lebih tinggi dilihat semakin ketara.
"Bank-bank pusat telah mengambil tindakan, dengan gabenor bank di Filipina dan Malaysia menaikkan kadar. Ini seterusnya akan diikuti oleh Indonesia dan Thailand,'' katanya.
Sementara itu, Rogers berkata kaji selidik bank pusat turut menunjukkan jangkaan inflasi masih meningkat dan ini boleh mencetuskan masalah jika pengguna mula memfaktorkan kenaikan harga ke dalam permintaan untuk gaji yang lebih tinggi -- sesuatu yang masih belum meluas dan sebahagian besarnya ialah kerana pasaran buruh yang kekal emah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Laporan itu menekankan bahawa Malaysia, Colombia, Indonesia dan Arab Saudi adalah antara beberapa ekonomi yang akan mendapat manfaat daripada harga komoditi yang tinggi. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MIDF Research unjur IHP inflasi menyederhana kepada 3.0 peratus tahun ini
MIDF Research mengunjurkan IHP inflasi keseluruhan menyederhana kepada 3.0 peratus pada 2023 daripada 3.4 peratus tahun lepas.

Inflasi Ogos 2022 cecah 4.7%, inflasi makanan naik 7.2%
Inflasi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat kepada 7.2 peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Julai lalu.

Malaysia dapat manfaat besar daripada kenaikan harga komoditi - Moody's Analytics
Malaysia akan menjadi antara ekonomi yang mendapat kelebihan daripada harga komoditi yang tinggi dan membayar harga yang lebih rendah dari segi inflasi kerana ia mengeksport pengeluaran domestiknya, m

Indeks Harga Pengeluar Malaysia naik 6.7 peratus pada Mac, kenaikan tertinggi sejak Ogos 2017
Pertumbuhan didorong kenaikan indeks perlombongan yang melonjak 32.0 peratus berbanding negatif 11.0 peratus pada Februari 2021.

Moody's semak semula unjuran penarafan kepada positif bagi industri tenaga global
Moody's mengekalkan harga komoditi jangka sederhana antara US$45-US$65 setong untuk minyak.

IPP susut pada suku kedua berikutan PKP, harga komoditi turun naik - MIDF Research
Sekatan pergerakan di negara-negara utama akan menyebabkan permintaan rendah, sekali gus prestasi eksport Malaysia pada suku kedua.

Tidak ada duit raya buat peneroka Felda setakat ini - Azmin Ali
Beliau berkata sebaliknya kerajaan sedang memberi keutamaan agar pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat disalurkan kepada para peneroka, sebelum Aidilfitri ini.

Tahun paling mencabar berakhir, muncul lebih kukuh pada 2017 - FGV
Selepas mengharungi tahun yang mencabar, yang menyaksikan sahamnya merosot, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) optimis muncul sebagai organisasi yang lebih kukuh.

Bank Dunia unjur pertumbuhan Malaysia 4.7 peratus tahun ini
Namun, Malaysia masih perlu menambah baik prestasi sektor awam, meningkatkan pembangunan modal insan dan memacu semula pertumbuhan ekonominya.