KUALA LUMPUR: Malaysia telah menarik pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama dalam tempoh Januari-September 2023, meningkat 6.6 peratus daripada pelaburan RM211 bilion yang diluluskan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.
Sebanyak 3,949 projek pelaburan yang diluluskan itu bakal menyediakan 89,495 peluang pekerjaan baharu, sekali gus memperlihatkan daya tahan Malaysia di tengah-tengah ketidaktentuan operasi global yang berterusan merentasi pelbagai industri, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 55.9 peratus, atau RM125.7 bilion, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan langsung domestik (DDI), yang melonjak 45.2 peratus tahun ke tahun, menyumbang 44.1 peratus atau RM99. 3 bilion.
Menurut MIDA, Belanda muncul sebagai sumber utama FDI, menyumbang RM35.0 bilion, manakala sumber terkenal lain termasuk Singapura (RM20.4 bilion), Amerika Syarikat (RM18.9 bilion), China (RM11.6 bilion), dan Jepun (RM11.2 bilion).
"Kepelbagaian dalam asas pelabur ini menonjolkan daya tarikan serantau Malaysia sebagai hab strategik, khususnya untuk rantau ASEAN," katanya.
Lima negeri yang mencatatkan nilai pelaburan yang signifikan adalah Kuala Lumpur (RM48.9 bilion), Pulau Pinang (RM44.9 bilion), Selangor (RM41.6 bilion), Kedah (RM22.6 bilion) dan Johor (RM20.0 bilion).
Mengulas mengenai prestasi itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pertumbuhan dalam pelaburan yang diluluskan adalah bukti akan daya tarikan berterusan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Ia juga mencerminkan usaha kerjasama seluruh kerajaan dan negara dalam menarik, memudahkan dan mengekalkan pelaburan, sambil meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, katanya.
"Aliran masuk pelaburan dari negara-negara seperti Belanda, Singapura, Amerika Syarikat, China dan Jepun mencerminkan jenis pelaburan strategik dan berteknologi tinggi yang Malaysia sasarkan daripada pemain global.
"MITI dan agensinya, MIDA, akan terus meletakkan Malaysia sebagai destinasi yang sangat berdaya maju dan stabil untuk menguasai lebih banyak aliran masuk secara strategik daripada pembentukan semula rantaian bekalan dalam landskap pelaburan global, selaras dengan transformasi perindustrian seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030," katanya.
MIDA berkata, sehingga November 2023, terdapat sejumlah 1,428 projek dengan pelaburan dicadangkan sebanyak RM72.3 bilion dalam perancangan agensi itu.
Daripada pelaburan yang dicadangkan itu, sebanyak 1,352 projek adalah daripada sektor perkhidmatan terpilih (RM31.8 bilion), manakala 76 projek adalah daripada sektor pembuatan (RM40.5 bilion), yang kesemuanya terletak di bawah bidang kuasa MIDA.
MIDA menambah ia juga sedang giat merundingkan sejumlah RM161.6 bilion dalam pelaburan berpotensi tinggi. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.