Malaysia yang mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan kedudukan geografi yang strategik, dijangka menjadi koridor ekonomi yang penting bagi ASEAN dan China dalam tempoh lima tahun akan datang, kata pakar ekonomi.
Ketua Pakar Ekonomi IQI Group Holdings, Shan Saeed berkata, ekonomi Malaysia yang kekal berdaya tahan walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi global, membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing di negara ini.
"Dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang positif, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang sangat mantap, dan terus menarik pelaburan asing, terutamanya dari China.
"Kita sedia maklum bahawa pelabur asing hanya melabur di negara-negara yang mempunyai ekonomi yang pesat berkembang, demografi yang kukuh dan penduduk yang produktif," katanya kepada Bernama selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Kebangsaan Ketiga Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) semalam.
Pada bulan lepas, Bank Dunia telah menyemak semula pertumbuhan KDNK Malaysia 2017 kepada 4.9 peratus daripada sasaran awal sebanyak 4.3 peratus.
Shan berkata pendekatan diplomatik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya dengan China dan Arab Saudi, telah meningkatkan status negara di mata dunia.
"Pelaburan dari kedua-dua negara tersebut membawa impak yang besar di peringkat global. Pelaburan sebanyak AS$175 bilion (AS$1 = RM4.27), (AS$144 bilion dari China, AS$31 bilion dari Arab Saudi) baik untuk ekonomi negara," katanya.
Menurut Shan, dengan kelebihan geografi Malaysia, dari segi sejarah, melalui Selat Melaka, 80 peratus daripada dagangan China telah melalui negara ini.
"Lokasi Malaysia akan terus dilihat sangat penting oleh pelabur asing, terutamanya dari China, dengan pelaburan besar yang diperuntukkan untuk pembangunan berdasarkan kelebihan geografi tersebut.
"Oleh itu, saya melihat China akan mempunyai hubungan kerjasama yang kuat dengan Malaysia dan sekutunya untuk mendapatkan kelebihan ekonomi," katanya.
Shan berkata, kebimbangan berkenaan pelaburan China yang tidak akan mewujudkan kesan limpahan kepada perniagaan tempatan boleh ditangani dengan strategi penglibatan berterusan antara kerajaan Malaysia, perniagaan China dan rakan kongsi mereka di negara ini.
"Bagaimanapun, pelabur-pelabur ini bukan sahaja membawa masuk teknologi dan sumber manusia, tetapi juga pelaburan mereka.
"Semua pelabur melihat kepada dua perkara ini iaitu pemindahan teknologi dan pelaburan," katanya.
Mengenai masa hadapan, Shan yakin KDNK Malaysia akan mencecah lebih AS$1 trilion menjelang 2030 daripada AS$335 bilion sekarang ini, dengan memetik unjuran oleh firma perakaunan terkemuka, PricewaterhouseCoopers pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
Dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang positif, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang sangat mantap, dan terus menarik pelaburan asing, terutamanya dari China. - Gambar fail
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.
Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.
Seni batik dan ukiran kayu: Usaha kreatif pupuk perpaduan ASEAN
Seni lukisan batik sering dilihat sebagai ekspresi rasa cinta kepada alam semula jadi, dan usaha kreatif ini seiring dengan semangat ASEAN.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.