KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi berkembang lebih 4.8 peratus jika naratif Ekonomi MADANI yang baru dilancarkan dilaksanakan dengan pantas dalam kalangan kementerian dan agensi-agensi kerajaan, kata seorang penganalisis.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata usaha kolektif itu semuanya bergantung kepada seberapa pantas kerajaan dapat melaksanakan program-program pembangunan mereka.
"Selain itu, pada masa yang sama, bagaimana ia boleh meningkatkan penyelarasan dalam kalangan kementerian dan agensi-agensi kerajaan supaya mereka tidak bekerja secara bersendirian dan mampu mengeluarkan hasil yang diharapkan," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga berkata penduduk Malaysia semakin bertambah dan negara dikurniakan dengan banyak sumber asli seperti minyak dan gas.
"Apatah lagi kita ini adalah negara berbilang budaya, berbilang bahasa dan berbilang kaum dan ini menyediakan asas yang kukuh untuk pelaburan langsung asing dan bakat datang ke sini.
"Faktor-faktor ini bagus untuk perniagaan berkembang maju," katanya, sambil menambah beliau berharap dapat menyaksikan pelaksanaan Ekonomi MADANI secepat mungkin demi kebaikan rakyat jelata.
Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai, 2023.
Kerangka ekonomi itu menggariskan dua bidang fokus utama, iaitu untuk menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.
Rangka kerja itu juga akan menjadi asas kepada beberapa dasar khusus lain yang akan diumumkan kemudian, termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Menerusi pandangan yang sama, MIDF Research berkata Naratif Ekonomi MADANI telah mengenal pasti sasaran di peringkat tertinggi dan menjangkakan lebih banyak butiran akan didedahkan oleh setiap kementerian pada masa hadapan.
"Buat masa ini, kesan ke atas kedudukan fiskal kerajaan tidak boleh diukur sepenuhnya sehingga semua inisiatif didedahkan," katanya.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata penambahbaikan dalam ruang fiskal tahun ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang mampan akan membolehkan kerajaan membiayai inisiatif yang telah diumumkan dalam Naratif Ekonomi MADANI seperti elaun untuk kakitangan awam dan kredit e-Tunai.
"Kami berpendapat dokumen itu menetapkan matlamat dan sasaran yang jelas untuk negara dan jika dilakukan dengan betul, potensi pertumbuhan Malaysia boleh lebih tinggi daripada purata pertumbuhan 4.7 peratus sejak 1998," katanya.
MIDF Research menjangkakan pengumuman pelan-pelan pembangunan lain, termasuk semakan pertengahan penggal RMK-12, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, dan Belanjawan 2024, akan mengasimilasikan aspirasi dan sasaran yang sama seperti yang digariskan dalam pelan hala tuju Ekonomi MADANI.
Ia juga berpandangan dokumen Ekonomi MADANI sebagai pelan hala tuju pembangunan ekonomi masa depan negara bagi kerajaan Persekutuan meningkatkan daya saing Malaysia menjadi juara serantau, merancakkan semula penyampaian perkhidmatan awam dan akhirnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
"Bukan sahaja kerajaan dan sektor awam, malah setiap unit dalam ekonomi juga akan memainkan peranan bagi memacu pertumbuhan negara ke peringkat seterusnya," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Malaysia berpotensi berkembang lebih 4.8 peratus jika naratif Ekonomi MADANI yang baru dilancarkan dilaksanakan dengan pantas dalam kalangan kementerian dan agensi-agensi kerajaan, kata seorang penganalisis. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.

Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.

Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.

KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.

Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.

Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.

RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.

Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.