KUALA LUMPUR: Aras Niaga Makmur Agro Berhad (MakmurAgro) menerusi anak syarikatnya, Makmur Biotechnology Sdn. Bhd., bakal melancarkan Program Pembangunan Tapak Semaian Kebangsaan Satu Parlimen Satu Nurseri (1P1N) di seluruh negara pada akhir tahun ini.
Rangkaian nurseri yang diuruskan secara bersepadu di bawah jenama Kota Tani tersebut akan memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan petani untuk mendapatkan bekalan bahan tanaman terbaik pada masa yang dikehendaki.
Kota Tani juga akan memasarkan semua produk melalui platform digital dan secara dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif MakmurAgro, Dato Mohd Al Khafiz Zainal berkata, Kota Tani merupakan sebuah pusat sehenti yang mampu memberikan kemudahan kepada orang ramai.
Menurutnya, meskipun kesemua nurseri di 222 buah Parlimen ini berfungsi sebagai pusat jualan, sebahagian daripada nurseri tersebut turut berperanan sebagai pusat pengedaran atau pusat semaian.
Kota Tani kata beliau, akan membekalkan bahan tanaman terbaik dan bermutu tinggi terutamanya yang lahir daripada penyelidikan pihak MARDI dan semua agensi berkaitan pembangunan pertanian kebangsaan.
Bahan tanaman dan benih ini merupakan bahan tanaman yang telah mendapat pengesahan oleh Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
“Pusat semaian berpusat akan diwujudkan di Rembau, Negeri Sembilan di mana bahan-bahan tanaman utama akan dihasilkan. Anak benih ini akan dihantar ke pusat-pusat pengedaran yang diwujudkan di setiap negeri.
“Pusat pengedaran pula berfungsi untuk menerima dan menyimpan stok produk yang diperoleh daripada pembekal. Produk daripada pusat pengedaran akan dihantar ke pusat jualan mengikut keperluan.
“Kewujudan pusat pengedaran ini mampu menjimatkan kos logistik dan membolehkan produk dihantar kepada pelanggan dengan segera,” katanya di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Mohd. Al Khafiz berkata, kedai Kota Tani pula akan menjadi medium interaksi utama bersama pelanggan di mana aktiviti jual beli berlaku.
1P1N dilaksanakan bersama rakan strategik seperti Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Agrobank Malaysia Berhad, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Produk daripada rangkaian nurseri 1P1N turut disasarkan untuk kegunaan di Ladang MakmurAgro yang kini dianggarkan lebih 2,000 ekar (816 hektar), Ladang Integrasi Tanaman Rakyat (LITAR), nurseri runcit dan orang awam.
“Banyak produk yang berpotensi untuk dijual dalam rangkaian nurseri 1P1N. Pada peringkat permulaan Kota Tani akan menjual anak pokok untuk tanaman kontan seperti pokok pisang, betik dan kunyit hitam selain tanaman industri (kelapa sawit dan getah), ujar beliau.
Tanaman hiasan seperti anak pokok bunga orkid, palma, heliconia, celosia dan zinnia juga mendapat permintaan yang tinggi ketika ini. Penjualan input tani akan menghasilkan pendapatan yang berulang kerana ia sentiasa diperlukan oleh petani dan pekebun.
“Antara input tani yang boleh dijual adalah baja, tanah campuran, bahan kawalan perosak dan rumpai, alatan kecil pertanian, pasu serta polibeg,” katanya.
Pada masa sama kata Mohd. Al Khafiz, MakmurAgro juga bakal menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan beberapa institusi lain sebagai rakan strategik komersial.
Kerjasama bersama UCAM merangkumi penempatan latihan praktikal dan kerjaya graduan, latihan profesional jangka pendek di dalam bidang-bidang yang ditentukan serta bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara kerjasama yang bakal dijalin kedua-dua pihak.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Nov 05 2021

Kota Tani merupakan sebuah pusat sehenti yang mampu memberikan kemudahan kepada orang ramai. - Foto DagangNews

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MakmurAgro bakal lancar Kota Tani di seluruh negara
Memudahkan rakyat khususnya golongan petani mendapatkan bekalan bahan tanaman terbaik pada masa yang dikehendaki.