Majikan tempatan masih menaruh harapan dan terus positif bahawa pengambilan pekerja akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang walaupun ringgit lemah.
Pengarah Urusan Monster.com – Asia Pasifik dan Asia Barat Sanjay Modi, menerusi satu kenyataan berkata pengambilan pekerja akan meningkat meskipun persekitaran ekonomi dunia tidak menentu.
"Menurut Bank Dunia, ekonomi Malaysia berkembang melepasi kadar purata, dan dijangkakan kekal kukuh walaupun kekangan ekonomi serantau. Sektor yang dijangkakan terus mencatat pertumbuhan paling ketara ialah teknologi maklumat, perkilangan dan runcit," kata Modi.
Mengenai pengambilan pekerja secara dalam talian di Malaysia, Indeks Monster Employment (MEI) terkini menunjukkan tahap pengambilan secara dalam talian Malaysia yang sebelum ini menyusut, semakin perlahan pada Ogos, yang menunjukkan pemulihan dalam landskap pekerjaan tempatan.
MEI, yang dikendalikan oleh Monster.com, laman pekerjaan dalam talian global, menunjukkan Malaysia mencatatkan penurunan -3 peratus pengambilan tahun ke tahun berbanding Ogos 2016 dan Ogos 2015.
Monster.com berkata walaupu ia kekal dalam pertumbuhan negatif, angka itu merupakan lonjakan 14 peratus berbanding -17 peratus yang dilaporkan pada Julai.
"MEI mencatat pertumbuhan atau penurunan secara menyeluruh dalam pengambilan pekerja secara dalam talian di Malaysia, selain industri dan pekerjaan yang menunjukkan pertumbuhan tertinggi dan terendah dalam aktiviti pengambilan pekerja di peringkat tempatan," kata Monster.com.
Pada Ogos, sektor Teknologi Maklumat (IT), Penyedia Perkhidmatan Telekom/Internet (ISP) dan Proses Penyumberan Luar Perniagaan/Perkhidmatan Dibolehkan Teknologi Maklumat (BPO/ITES), menyaksikan pertumbuhan tertinggi dari segi pengambilan pekerja daam talian dengan 10 peratus tahun ke tahun.
Angka ini merupakan peningkatan 39 peratus berbanding -29 peratus yang direkodkan antara Julai 2015 dan 2016, dan pertumbuhan tahunan positif pertama sejak Mac 2015.
Sektor minyak dan gas pula mencatatkan pertumbuhan 3 peratus tahun ke tahun, melonjak 19 peratus berbanding -16 peratus yang dilaporkan pada Julai 2016.
Ini merupakan pertumbuhan positif pertama sektor itu sejak 18 bulan lepas.
Pengambilan pekerja dalam sektor perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI) tidak berubah, dengan -13 peratus.
Berdasarkan pekerjaan khusus di Malaysia, bakat jualan dan pembangunan perniagaan paling banyak ditawarkan secara dalam talian, dengan pertumbuhan 16 peratus tahun ke tahun.
Kumpulan ini menyaksikan pertumbuhan progresif sejak beberapa bulan lepas, dan mencatatkan pertumbuhan 13 peratus dalam pengambilan dalam talian antara Julai dan Ogos.
Profesional khidmat pelanggan paling kurang ditawarkan, dengan -34 peratus penurunan tahunan pada Ogos. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2016

Majikan tempatan masih menaruh harapan pengambilan pekerja akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang walaupun ringgit lemah. - Gambar fail

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.