LANGKAWI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerima kehadiran lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari dan Februari 2024, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan kesalinghubungan kepada pengembara selain mengukuhkan kedudukan lapangan terbang negara sebagai hab di rantau ini.
MAHB berkata, antara penerbangan baharu yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah Air Macau (NX) dari Macau (MFM), Loong Air (GJ) dari Hangzhou (HGH), Turkmenistan Airlines (T5) dari Ashgabat (ASB), dan Iraqi Airways (IA) ke Baghdad (BGW).
"Sementara itu, di lapangan terbang lain di negara ini, flydubai (FZ) kini menyediakan penerbangan harian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dari Dubai (DXB)," katanya dalam kenyataan semalam.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohamed Rastam Shahrom berkata, pengendali lapangan terbang itu menyaksikan peningkatan yang ketara bagi trafik udara berikutan inisiatif pembangunan laluan strategik proaktif yang dilaksanakan selepas pandemik.
"Dengan menganjurkan Routes Asia 2024 sekali lagi pada tahun ini, kami menyasarkan untuk menarik syarikat penerbangan baharu untuk memulakan operasi ke Malaysia, dan menggalakkan pihak lain untuk memperkenalkan laluan baharu atau kembali ke negara ini.
"Sepanjang tahun ini dan akan datang, kami telah mengenal pasti 17 syarikat penerbangan berpotensi daripada tujuh wilayah berbeza untuk beroperasi di Malaysia," katanya.
Routes Asia 2024 yang diadakan selama tiga hari di sini bermula Selasa, merupakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan sektor penerbangan di rantau ini dari serata dunia untuk memupuk kerjasama dan meneroka peluang baharu di rantau Asia Pasifik.
Sementara itu, MAHB berkata, pada Januari 2024, rangkaian lapangan terbang tempatan yang dikendalikan kumpulan itu merekodkan sebanyak 6.9 juta pergerakan penumpang, mencapai 83 peratus daripada paras 2019, manakala trafik antarabangsa mencatatkan 3.8 juta pergerakan penumpang, dan 3.1 juta pergerakan penumpang bagi sektor domestik.
"Pertumbuhan yang berterusan dalam trafik antarabangsa ini antara lain didorong oleh kemasukan tanpa visa selama 30 hari kepada rakyat China yang melawat Malaysia dan dasar pengecualian visa selama 15 hari kepada rakyat Malaysia yang melawat China, selain tambahan 25 penerbangan mingguan oleh rakan syarikat penerbangan.
"Selain daripada pengenalan syarikat penerbangan baharu, syarikat penerbangan seperti China Eastern Airlines (MU) mula mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Beijing (PKX), manakala Etihad Airways meningkatkan kekerapan perkhidmatannya daripada setiap hari kepada dua kali sehari," katanya.
MAHB berkata, pada akhir Januari, sektor domestik mencatat peningkatan purata faktor muatan, iaitu melebihi 80 peratus, yang didorong oleh peningkatan aktiviti perjalanan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, yang juga cuti sekolah.
"Secara keseluruhannya, lapangan terbang tempatan memainkan penting terhadap prestasi kumpulan bagi Januari 2024, iaitu menyumbang 69 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang, sebanyak 10.1 juta penumpang.
"Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turkiye, jumlah pergerakan penumpang terus melebihi paras tiga juta iaitu 3.2 juta penumpang, melepasi paras pada 2019 sebanyak 14.2 peratus.
"Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing sebanyak 1.7 juta dan 1.5 juta penumpang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
![MAHB terima lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari, Februari 2024 MAHB terima lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari, Februari 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638207069_MAHBMalaysiaAirpo.jpg)
MAHB berkata, pada Januari 2024, rangkaian lapangan terbang tempatan yang dikendalikan kumpulan itu merekodkan sebanyak 6.9 juta pergerakan penumpang, mencapai 83 peratus daripada paras 2019.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188753_AmirHamzahAzizan.jpg)
GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah
Kerajaan mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.
![Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719805206_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
![Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah
Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara.
![MAHB rekod lebih 11 juta penumpang pada Mei 2024 MAHB rekod lebih 11 juta penumpang pada Mei 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719313303_KLIA.jpg)
MAHB rekod lebih 11 juta penumpang pada Mei 2024
MAHB merekodkan 11.2 juta penumpang pada Mei 2024 di 39 lapangan terbang di Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SAW) di Turkiye.
![Malaysia kekal terbuka terhadap perdagangan, pelaburan - PM Anwar Malaysia kekal terbuka terhadap perdagangan, pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719308193_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia kekal terbuka terhadap perdagangan, pelaburan - PM Anwar
Anwar berkata kerjasama antara MAHB dan firma Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, adalah penting kepada negara.
![Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719306549_GenericKLIA.jpg)
Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB
MAHB menyasarkan kehadiran tiga syarikat penerbangan baharu seperti British Airways, Vietjet Air dan 9 Air untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.
![Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718687108_AnwarIbrahim.jpg)
Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM
Sementara baki 30 peratus kepentingan lagi dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
![Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mohd Shahar meminta Perdana Menteri jelaskan keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB.
![Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716803691_AhmadZahidHamidi.jpg)
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
![BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719194845_TBBlackrock.jpg)
BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion
Menurut data, firma pelaburan global BlackRock sudah sedia ada memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia.