Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mahu operasi syarikat penerbangan AirAsia dapat tumbuh dengan pesat seiring dengan pertumbuhan MAHB.
Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata, meskipun hubungan kedua pihak kini berbeza susulan surat tuntutan AirAsia bernilai RM409 juta, namun hubungan operasi berjalan seperti biasa dan MAHB mahu operasi AirAsia berkembang.
"Penerbangan dan lapangan terbang sentiasa berbincang tidak kira setuju atau tidak tentang sesuatu perkara," katanya dalam temubual eksklusif dengan Astro AWANI.
"Hubungan bertukar sedikit, hendak menjawab surat tuntutan memerlukan tindak balas perundangan yang lebih teratur.
"Sama ada ia menganggu hubungan? Tidak, AirAsia pelanggan terbesar MAHB (di klia2), saya mahu lihat ia tumbuh pesat," katanya.
MAHB katanya lagi sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada syarikat penerbangan.
Pihaknya juga tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan keselamatan di klia2.
Badlisham mengakui wujud masalah di klia2 dan pihaknya sedang melakukan kerja pemulihan sementara di kawasan yang berlaku mendapan serta takungan.
Bagi penyelesaian jangka panjang, Badlisham berkata sensor khas sudah dipasang bagi mengukur kedalaman mendapan sebelum Jawatankuasa Pemeriksaan Bersama (JIC) hadir dengan penyelesaian jangka panjang.
"Mereka sedang mengumpul data dan melihat sama ada ia memerlukan penyelesaian kejuruteraan.
"Kita perlu tunggu laporan jawatankuasa ini dan diumumkan oleh kerajaan, mungkin baru dia (AirAsia) puas hati," katanya sambil menambah pematuhan klia2 disahkan oleh Ikram Permier Consulting, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Prosedur keselamatan di klia2 juga katanya ketat dan tidak hanya tertakluk kepada pemeriksaan MAHB dan DCA sebaliknya jika wujud laporan dari juruterbang dan pekerja operasi darat, tindakan segera akan diambil.
"Saya lebih gemar menutup lapangan terbang berbanding berkompromi dengan risiko," tegasnya.
MAHB katanya memikul tanggungjawab penuh terhadap masalah di klia2 dan mahu memastikan penerbangan beroperasi dengan lancar di lapangan terbang itu.
Tambahnya MAHB dan kerajaan menyokong pembangunan industri penerbangan tambang rendah melalui pembinaan lapangan terbang serta kemudahan lain bagi memenuhi permintaan.
"Dahulu hubungan kami rapat, kalau tidak, MAHB dan Kerajaan tidak akan melabur untuk pembangunan LCC. Kita beri galakan kepada mereka.
"Biasalah, apabila syarikat sudah besar, pertolongan kami juga semakin kurang dan mungkin ini tidak digemari oleh mereka," katanya sambil menambah MAHB banyak membantu syarikat itu selama ini.
Ia termasuk memenuhi permintaan mewujudkan kiosk daftar masuk sendiri serta memberikan ruang untuk operasi kargo AirAsia.
Badlisham pada masa sama berkata klia2 direka berdasarkan unjuran pertumbuhan trafik masa hadapan.
"45 juta penumpang memang besar dan ia berdasarkan pertumbuhan penerbangan. Kita tidak boleh bina separuh separuh. "
"Perubahan pasti berlaku terhadap mereka (AirAsia) kerana mereka sudah biasa beroperasi di Terminal Tambang Rendah (LCCT)," tambahnya.
AirAsia juga katanya menerima kelebihan dari MAHB termasuk kaunter daftar masuk khas dan keutamaan bagi pintu pelepasan.
Kelebihan itu katanya tidak mungkin diberikan oleh lapangan terbang lain.
Mengulas rungutan cukai lapangan terbang yang dikatakan tinggi, Badlisham berkata ia di luar bidang kuasa MAHB.
"Caj penggunaan lapangan terbang dan terminal ditetapkan oleh kerajaan, saya tidak boleh tetapkan," katanya.
Sejak pembukaan pada 1 Mei 2014 sehingga Julai 2015, klia2 telah mengendalikan 26 juta penumpang.
Sejak itu AirAsia menyuarakan kebimbangan berkaitan isu mendapan dan takungan air di 'taxiway' dan petak parkir pesawat.
Kerja pemulihan kini giat dijalankan namun AirAsia menyifatkannya sebagai bukan penyelesaian jangka panjang.
Kemuncaknya, AirAsia mengeluarkan surat tuntutan kerugian RM409juta kepada MAHB.
Najib Aroff
Tue Aug 18 2015

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata, meskipun hubungan kedua pihak kini berbeza susulan surat tuntutan AirAsia bernilai RM409 juta, namun hubungan operasi berjalan seperti biasa. - Gambar Fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.