KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), melalui anak syarikatnya Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Capital A Bhd, iaitu syarikat induk AirAsia Aviation Group Ltd, mengumumkan untuk menghentikan sebarang prosiding undang-undang di antara kedua-dua pihak.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, tiada lagi prosiding undang-undang atau litigasi material daripada MAHB terhadap AirAsia Bhd/AirAsia X Bhd.
"Kami percaya dengan kerjasama erat semua pihak berkepentingan dalam ekosistem penerbangan adalah kunci yang memacu kami ke arah pertumbuhan untuk kedua-dua industri dan negara.
"Kami komited untuk bekerjasama bagi manfaat bersama dan kejayaan semua pihak berkepentingan iaitu syarikat penerbangan, lapangan terbang, penumpang dan industri," katanya dalam satu kenyataan bersama.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia dan AirAsia X juga telah menarik balik semua prosiding undang-undang sambil berharap dapat bekerjasama demi masa depan yang lebih baik.
"Apabila dunia semakin pulih daripada pandemik dan kerugian besar dalam industri penerbangan, adalah penting untuk semua pihak berkepentingan bekerjasama merangsang kebangkitan semula perjalanan udara.
"Sebagai dua pemain utama dalam memacu ekosistem penerbangan, adalah lebih penting bahawa MAHB dan syarikat penerbangan kami, AirAsia dan AirAsia X yang berpangkalan di Malaysia menunjukkan solidariti dalam menjadikan industri penerbangan Malaysia berdaya saing dan menarik semula," tambah beliau.
Fernandes seterusnya berkata, syarikat itu teruja kerana telah menemukan titik persamaan bagi mencapai hasil yang baik terhadap penyelesaian sebarang perkara tertunggak dengan MAHB, melalui dialog yang menyokong dan konstruktif dengan semangat perkongsian.
"Ini merupakan petanda baik untuk menyokong pemulihan industri dengan pantas dan merangsang pertumbuhan sektor pelancongan serta ekonomi Malaysia.
"Kami berterima kasih kepada MAHB atas sokongan mereka untuk menjadikan perjalanan udara keluar dari hab utama kami di klia2 bukan sahaja mampu milik kepada berjuta-juta penumpang setiap tahun tetapi juga dengan komitmen bersama untuk bekerjasama dengan kami dalam meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik bagi membina masa depan industri pelancongan, yang merupakan situasi 'menang-menang' untuk kita semua," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

MAHB dan Capital A komited bekerjasama bagi manfaat bersama dan kejayaan semua pihak berkepentingan iaitu syarikat penerbangan, lapangan terbang, penumpang dan industri. -Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.

Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.

GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.