The Hong Kong and Shanghai Banking Corp Ltd (HSBC) menjangka lebih banyak transaksi dalam mata wang China, renminbi (RMB) di Malaysia melalui pembayaran daripada perspektif pertukaran asing dan pelaburan.
Ketua Pengantarabangsaan Global, Pembayaran Global dan Pengurusan Tunai Asia-Pacific, Vina Cheung berkata, tahun lepas, mengikut data Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT), Malaysia mencatat kenaikan 27 peratus dalam pembayaran komersil menggunakan RMB yang juga menunjukkan pasaran Malaysia mempunyai pengetahuan menggunakan RMB dalam banyak syarikat korporat.
"Ini menunjukkan betapa pentingnya mata wang tersebut berada dalam perbendaharaan dan aktiviti pengurusan tunai syarikat.
"Syarikat korporat tahu manfaat RMB apabila nilai ringgit rendah dan menggunakan RMB untuk menjelaskan dagangan mereka, bukan sahaja dengan China tetapi juga negara lain yang mempunyai penjelasan dalam RMB seperti Jepun, Singapura dan Hong Kong," katanya pada taklimat media mengenai Pembangunan Di China dan Pengantarabangsaan RMB di sini, hari ini.
Cheung berkata, dengan membuat pembayaran menggunakan RMB dengan negara lain, syarikat korporat boleh meningkatkan peluang lindung nilai mereka untuk kedua-dua pihak.
SWIFT juga menyatakan yang RMB telah menjadi mata wang penjelasan global keenam pada 2016, satu perkembangan menarik untuk RMB sejak 2008.
Mengenai inisiatif ''Satu Jalur, Satu Jalan'' China, beliau berkata, HSBC juga bersedia bekerjasama dengan pengamal pasaran serta syarikat korporat dari China untuk mengkaji strategi penting bagi meningkatkan integrasi dalam ekonomi global.
"Kita bercakap mengenai US$60 bilion (US$1 = RM4.39) nilai peluang projek dan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, akan wujud lebih banyak perhatian bagaimana syarikat korporat terlibat dalam projek dari segi memantapkan perbendaharaan dan pengurusan tunai mereka.
"Ia akan menjadi infrastruktur modal kerja yang syarikat korporat perlu bangunkan dan dengan pengurusan modal kerja yang betul, mereka akan berjaya," kata Cheung.
Menurutnya, inisiatif ''Satu Jalur, Satu Jalan'' adalah peluang untuk Malaysia berikutan kedudukannya di tengah-tengah Asia Tenggara.
"Dari segi perspektif RMB, kita menerajui perbankan antarabangsa dalam perniagaan RMB global di mana kita mempunyai kira-kira US$1.25 bilion pendapatan daripada pengantarabangsaan RMB dan kita sedang mengkaji untuk meningkatkan pendapatan itu kepada US$2.2 bilion dalam tempoh beberapa tahun lagi," kata Cheung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017
Syarikat korporat tahu manfaat RMB apabila nilai ringgit rendah dan menggunakan RMB untuk menjelaskan dagangan mereka. - Reuters
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
[TERKINI] Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung dekat Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, pada lewat Khamis.
Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa berkenaan.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Tumpuan Sabtu – 9 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita dkhuatiri lemas, motosikal ditemui di tebing sungai
Seorang pembantu kedai makan dikhuatiri lemas selepas dilapor terjatuh dalam Sungai Titi Haji Idris di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
China dijangka kekal jadi rakan dagang terbesar Malaysia pada masa depan
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.