KUALA LUMPUR: United Kingdom (UK) semalam mengumumkan ia sudah memuktamadkan rundingan perdagangan dengan negara-negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) selepas melalui proses rundingan selama 21 bulan.
Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata blok itu mempunyai penduduk melebihi 500 juta orang dan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mencecah GBP11 trilion pound dengan penyertaan UK.
"Rundingan berkenaan yang bermula pada Jun 2021 dimuktamadkan selepas siri rundingan yang mencabar di Vietnam dengan wakil dari semua negara-negara anggota CPTPP bersetuju bahawa UK telah mencapai kata putus berhubung proses penyertaannya untuk menyertai CPTPP," kata kenyataan itu.
UK adalah negara Eropah pertama yang menyertai blok perdagangan dinamik tersebut dan merupakan ahli baharu pertama sejak pembentukan CPTPP.
CPTPP kini menjadi perjanjian peringkat global dan bukan setakat perjanjian Pasifik sahaja, katanya.
Penyertaan UK ke blok perdagangan dinamik itu adalah susulan berita mengenai ratifikasi Malaysia pada November lepas, kedua-dua negara akan dapat meningkatkan capaian yang ketara kepada ekonomi dan pasaran masing-masing.
"Perniagaan UK yang mengeksport barangan dan perkhidmatan bernilai GBP3.3 bilion pound ke Malaysia dalam tempoh 12 bulan hingga akhir September 2022, boleh mendapat manfaat daripada perjanjian keutamaan yang ditawarkan oleh ahli CPTPP antara satu sama lain.
"Penyertaan UK dalam CPTPP juga bermakna capaian pasaran Malaysia yang jauh lebih baik kepada pasaran UK. UK mengimport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira GBP2.6 bilion dari Malaysia dalam empat suku tahun hingga akhir suku ketiga 2022.
"Perniagaan dan pengguna boleh mendapat manfaat daripada tarif keutamaan yang akan ditawarkan oleh UK kepada Malaysia dalam CPTPP," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay berkata: "Perdagangan dua hala UK dengan Malaysia kini berjumlah GBP5.9 bilion, dengan trajektori pertumbuhan yang positif.
"Penyertaan UK dalam CPTPP akan meningkatkan capaian pasaran bagi UK dan Malaysia, dan terus membolehkan kami mencapai potensi penuh hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala," katanya dalam kenyataan yang sama.
Dalam pada itu, Setiausaha Perniagaan dan Perdagangan UK, Kemi Badenoch pula berkata: "Penyertaan kami dalam CPTPP menyampaikan mesej kuat bahawa UK terbuka untuk perniagaan dan akan menggunakan kebebasan pasca Brexit kami untuk menjangkau pasaran baharu, termasuk di rantau Asia Pasifik dan mengembangkan ekonomi kami."
"Menyertai blok perdagangan berpengaruh ini akan membantu kami membentuk peraturan perdagangan global dengan negara-negara yang berfikiran sama, dan bekerjasama lebih rapat dalam keutamaan bersama kami iaitu kemakmuran, keselamatan dan perdagangan bebas dan adil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

United Kingdom terbuka untuk perniagaan dan akan menggunakan kebebasan pasca Brexit untuk menjangkau pasaran baharu, termasuk di rantau Asia Pasifik dan mengembangkan ekonominya. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata CPTPP adalah permulaan yang baik untuk syarikat mendapat akses ke pasaran di setiap negara dari aspek tarif dan kebolehcapaian.

Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.

CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.

UK secara rasmi sertai blok perdagangan Asia-Pasifik CPTPP
United Kingdom secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.

Malaysia-Bahrain kongsi pengalaman pengurusan pengairan dan teknologi pertanian
Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan Bahrain mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan negara itu berkaitan teknologi penggunaan air kitar semula.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh, perdagangan meningkat 41 peratus
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas.

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.