Usaha Bank Negara Malaysia menerusi langkah-langkah garis panduan pembiayaan bertanggungjawab bagi sektor hartanah akan dapat menangani isu-isu pengagihan saksama di mana pembeli kali pertama tidak akan mengalami masalah mendapatkan pinjaman, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Othman Aziz.
Beliau berkata langkah itu adalah bertujuan untuk mengekang ketidakseimbangan, justeru beberapa bentuk kesederhanaan diperlukan.
"Saya ingin menasihatkan penilai, pentaksir dan ejen hartanah berdaftar bahawa langkah Bank Negara itu perlu dilihat secara positif kerana kebimbangan anda terhadap kesannya agak tidak berasas.
"Tujuan sebenar dan hasrat langkah ini adalah untuk mengekang kenaikan harga hartanah. Akibat langsung dan tidak boleh dielakkan daripada langkah ini adalah pada dasarnya untuk membendung spekulasi," katanya.
Othman berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam tahunan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (BOVAEA) , di sini, malam tadi.
Pada majlis itu juga diadakan penyampaian Diploma kepada Ejen Harta Tanah bagi peperiksanaan 2016/2017.
Beliau berkata pembatasan berian pinjaman oleh bank-bank nampaknya telah menarik minat bukan sahaja dalam kalangan pihak yang berdaftar tetapi juga orang ramai.
Menurutnya, kenaikan harga hartanah pada asasnya disebabkan oleh peningkatan pendapatan dan pembelian dengan banyak oleh penduduk tempatan, serta warga asing yang mempunyai kuasa beli.
"Saya percaya langkah kerajaan itu tepat pada masa untuk mengekang ketidakseimbangan dan akan dapat menangani isu pengagihan saksama di mana pembeli kali pertama tidak akan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman," katanya.
Turut hadir ialah Presiden/Ketua Pengarah Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah BOVAEA, Dr Rahah Ismail.
Othman berkata sektor hartanah telah diperakui oleh Kerajaan sebagai enjin pertumbuhan penting bagi negara dengan keupayaannya untuk mewujudkan kesan berganda dan komponen pembinaan dan bangunan sektor hartanah berkedudukan baik untuk menjana aktiviti ekonomi yang sangat diperlukan.
"Hasil daripada sektor hartanah adalah kerjaya penilaian, pengurusan hartanah dan agensi hartanah.
"Justeru, kerajaan menggalakkan dan memerlukan lebih ramai profesional hartanah seperti penilai, pengurus hartanah dan ejen hartanah yang akan membantu dalam menguruskan dengan baik sumber bertanah, kerana persekitaran dinamik yang sentiasa berubah-ubah hari ini memerlukan perkhidmatan komited daripada profesionalnya," katanya.
BOVAEA ditubuhkan pada 1981 di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
Othman berkata, kenaikan harga hartanah pada asasnya disebabkan oleh peningkatan pendapatan dan pembelian dengan banyak oleh penduduk tempatan serta warga asing yang mempunyai kuasa beli. - Gambar hiasan
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
Piala ASEAN: Indonesia umum pemain, bawa skuad Kelayakan Piala Dunia hadapi saingan
Marselino Ferdinan mengetuai senarai pemain pasukan Indonesia menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric bulan depan.
KPKT pinda garis panduan elak rumah ibadat bukan Islam terima peruntukan berulang
Beliau berkata, prosedur pemproses permohonan sama ada secara terus atau menerusi sistem e-RIBI akan disaring kementerian, sebelum dinilai pasukan penilaian dan pemantauan. #SisiTVParlimen
'Ahmad Nawab ibarat bapa saya' - Ramlah Ram
Tan Sri Ahmad Nawab bukan sahaja dianggap sebagai guru malah umpama bapa kepada penyanyi, Ramlah Ram.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Ahmad Nawab maestro yang teliti - Datuk Chuari
Penyampai radio veteran, Datuk Chuari Selamat, mengenang Tan Sri Ahmad Nawab sebagai seniman yang mementingkan kesempurnaan, terutama ketika mengendalikan persembahan besar.
Beliau berkata Allahyarham sentiasa memastikan segala aspek ketika sebuah persembahan menepati piawaian tinggi.
Beliau berkata Allahyarham sentiasa memastikan segala aspek ketika sebuah persembahan menepati piawaian tinggi.
Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye
Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turkiye.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.