KUALA LUMPUR: Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata Malaysia telah mula menyaksikan tanda-tanda inflasi didorong oleh permintaan dalam persekitaran deposit yang tinggi.
Oleh itu, katanya bank pusat menyasarkan untuk mengelak situasi apabila nilai asas harga secara meluas telah teraruh secara ketara sebagaimana keadaannya di negara lebih maju.
"Pada 2023, kita akan melihat cabaran terhadap pertumbuhan, terutamanya dari aspek luaran dengan pertumbuhan global yang lembap tetapi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak menjangka kemelesetan," katanya.
Beliau juga berkata inflasi yang tinggi menjejaskan kuasa beli dan simpanan rakyat, justeru BNM menguruskan risiko terlebih dahulu melalui pelarasan kadar dasar secara berperingkat tetapi pergerakan dasar yang sederhana dijangka mengambil masa untuk dipindahkan sepenuhnya kepada ekonomi.
"Kita tidak boleh menunggu sehingga inflasi menjadi terlalu tinggi sebelum kita mengambil tindakan. Jika ia berlaku, Kadar Dasar Semalaman (OPR) perlu dinaikkan, lebih cepat dan lebih banyak lagi.
"Ini akan memberi impak kepada isi rumah dan perniagaan. Kami menjalankan pelbagai dasar berdasarkan kami mencapai kestabilan harga dan pertumbuhan yang mampan," kata Nor Shamsiah.
Beliau berkata ekonomi diunjurkan berkembang sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada 2023 dan terus melepasi paras sebelum pandemik.
Nor Shamsiah berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos serta sebarang perubahan pada langkah-langkah dasar dalam negeri.
"Inflasi keseluruhan dijangka berada antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.
"Imbangan risiko berhubung prospek inflasi pada 2023 cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung kepada langkah-langkah dasar dalam negeri mengenai subsidi serta perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutamanya daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan," katanya.
Katanya inflasi keseluruhan pada tahun ini mungkin telah mencapai tahap tertingginya iaitu 4.5 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding 2.8 peratus pada suku kedua 2022 manakala inflasi asas terus meningkat kepada 3.7 peratus berbanding 2.5 peratus pada suku kedua 2022.
Nor Shamsiah berkata peningkatan inflasi keseluruhan sebahagian besarnya didorong oleh kesan asas daripada diskaun bil elektrik yang dilaksanakan pada suku ketiga 2021 serta peningkatan berterusan dalam inflasi teras dan barangan yang harganya tidak menentu.
Beliau berkata tekanan inflasi mencerminkan gabungan tekanan kos yang meningkat khususnya untuk barangan berkaitan makanan serta keadaan permintaan yang kukuh.
"Inflasi keseluruhan dijangka mencapai tahap tertinggi pada suku ketiga 2022 dan dijangka sederhana kemudiannya, namun kekal tinggi berikutan kesan asas yang makin reda dan jangkaan penurunan harga komoditi global.
"Inflasi teras dijangka secara purata hampir kepada julat unjuran 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2022, berdasarkan tekanan harga yang didorong oleh permintaan dalam persekitaran kos yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
Nor Shamsiah berkata Malaysia telah mula menyaksikan tanda-tanda inflasi didorong oleh permintaan dalam persekitaran deposit yang tinggi. - Gambar fail
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.