Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu melabur lebih banyak dalam sektor infrastruktur dengan menyediakan tiga peratus daripada peruntukannya untuk segmen tersebut.
Saiz aset KWSP kini sebanyak RM690 bilion, iaitu 51 peratus daripadanya merupakan pendapatan tetap, ekuiti (36 peratus) dan pelaburan alternatif (10 peratus).
Infrastruktur, ekuiti swasta, dan pelaburan hartanah dikategorikan di bawah pelaburan alternatif oleh KWSP.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata segmen infrastruktur bersesuaian dengan profil pelaburan dan memenuhi profil risiko-pulangan institusi itu.
"Antara bidang yang kami berusaha untuk mempertingkatkan adalah sektor infrastruktur memandangkan ia mempunyai kadar pulangan sebenar yang berpotensi.
"Sasaran kami adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya dua peratus daripada kadar pulangan sebenar dan dua peratus inflasi," katanya kepada pemberita semasa majlis penandatanganan perjanjian jualan saham bersyarat (SSA) antara KWSP dan unit Ekovest Bhd, Nuzen Corporation Sdn Bhd di sini, hari ini.
SSA itu ditandatangani bagi tujuan pembelian 40 peratus modal saham terbitan dan modal saham berbayar Konsortium Lebuhraya Utara (KL) (Kesturi), bagi RM1.13 bilion, yang dijangka selesai pada suku pertama 2017.
Perjanjian itu ditandatangani Mohamad Nasir mewakili KWSP, manakala Nuzen diwakili Pengarah Urusan Ekovest, Datuk Seri Lim Keng Cheng.
Mohamad Nasir berkata KWSP tidak hanya melihat kepada tol dan jalan, malah turut bersedia untuk meneroka bidang seperti pelabuhan, lapangan terbang dan loji tenaga, yang merupakan projek penjana tunai yang kukuh.
Nuzen merupakan syarikat pegangan bagi Kesturi, iaitu pemegang konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), laluan sepanjang 34 kilometer yang dibangunkan secara dua fasa, dengan tempoh konsesi 54 tahun.
Fasa satu DUKE telah beroperasi, manakala fasa dua dijangka siap dan memulakan kutipan tol pada separuh pertama 2017.
Sebaik sahaja SSA itu selesai, KWSP akan membayar RM921 juta secara tunai kepada Ekovest, manakala RM209 juta lagi apabila Sijil Perakuan Siap Kerja DUKE fasa dua dikeluarkan, dengan RM149 juta daripadanya akan dimasukkan ke dalam akaun ditetapkan Ekovest.
Sementara itu, Lim berkata sebaik sahaja fasa satu dan fasa dua DUKE siap, lebuh raya itu akan menyumbang kira-kira 30 peratus kepada perolehan syarikat.
"Cadangan penjualan itu adalah seiring dengan strategi syarikat bagi menjana keuntungan daripada aset infrastruktur kukuh dengan tujuan menggunakan sumber kewangan untuk peluasan bahagian infrastruktur dan perniagaan utama lain seperti pembinaan dan pembangunan hartanah," katanya.
Syarikat berkenaan, yang terlibat dalam perniagaan pembinaan, pembangunan hartanah dan konsesi infrastruktur, juga diberikan konsesi 53.5 tahun untuk membina, mengendalikan dan memindahkan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai sepanjang 32 kilometer, sebelum ini dikenali sebagai DUKE fasa tiga, yang dijangka siap pada 2020.
Ekovest bercadang memperuntukkan RM400 juta daripada hasil penjualan itu untuk pembayaran semula pinjaman, manakala sehingga RM245 juta untuk pemegang saham dan RM485 juta bagi modal korporat am, modal kerja dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2016
Saiz aset KWSP kini sebanyak RM690 bilion, iaitu 51 peratus daripadanya merupakan pendapatan tetap, ekuiti (36 peratus) dan pelaburan alternatif (10 peratus). - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi - Pengerusi
Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.
Majoriti ahli Wilayah Utara tiada baki simpanan asas mencukupi - KWSP
KWSP menetapkan simpanan asas RM240,000 untuk memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan selama 20 tahun selepas bersara.
Akaun Fleksibel KWSP: Solusi segera atau risiko jangka panjang?
Keputusan untuk mengeluarkan wang dari Akaun Fleksibel KWSP perlu dibuat dengan berhati-hati, dengan mempertimbangkan keperluan semasa dan perancangan masa depan.
Simpanan KWSP bukan solusi, disiplin diri kunci isu kewangan
Ahli KWSP tidak boleh menganggap simpanan KWSP sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah kewangan harian mereka.
635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.
Bank pelaburan semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2024 lebih tinggi
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2024 lebih tinggi kepada 5.0 peratus berbanding 4.8 peratus sebelum ini.
Pendapatan boleh agih separuh pertama KWSP naik 29 peratus kepada RM36.70 bilion
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2024, meningkat 29 peratus kepada RM36.70 bilion.
Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF
Pelaburan ini disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih.