Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Indonesia dilihat bakal membuka lembaran baru kepada kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Ketua Majlis Perniagaan Indonesia - Malaysia (IMBC), Tanri Abeng berkata kunjungan ini turut memberi kesempatan kepada Perdana Menteri menjelaskan dasar-dasar terbaru dari kerajaan Malaysia yang pastinya akan menguntungkan kedua-dua negara.
"Melalui lawatan ini, IMBC dan sektor perniagaan berharap dapat manfaat daripada Dr Mahathir sebagai pemimpin paling veteran dan berpengalaman di dunia.
"Tujuan utama pertemuan hari ini adalah untuk membincang peningkatan perdagangan dan pelaburan kedua negara meliputi pelaburan Malaysia di Indonesia.
"Pelaburan Indonesia di Malaysia yang masih harus ditingkatkan, serta kerjasama kedua negara untuk perdagangan di Malaysia dan Indonesia termasuk di peringkat antarabangsa," katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.
Terdahulu, beliau bersama perwakilan IMBC mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Hotel Grand Hyatt, Jakarta.
Ujar Tanri lagi, hubungan erat kedua-dua negara serumpun yang terjalin sekian lama ini memiliki makna yang sangat penting bagi kedua belah pihak.
IMBC adalah entiti perniagaan antara dua negara, melibatkan Indonesia dan Malaysia, yang mana ibu pejabatnya di Jakarta.
Komitmen IMBC adalah untuk menjadi badan strategik dalam memberikan pandangan dan idea-idea kepada kerajaan, sektor perniagaan dan diplomatik.
Dalam masa sama, IMBC juga mempromosikan dialog untuk memahami dan meningkatkan hubungan yang lebih baik antara Indonesia dan Malaysia.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jun 29 2018
Tanri bersalaman dengan Dr Mahathir pada pertemuan IMBC dengan Perdana Menteri sempena lawatan rasmi dua hari ke republik Indonesia, 29 Jun, 2018. - Foto Ihsan IMBC
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Pertumbuhan APEC diunjur menyederhana kepada 3.1 peratus pada 2025
Rantau APEC sedang mengharungi cabaran ekonomi yang ketara apabila keadaan global berkembang.
Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara - Sim
Pekerja yang mempunyai tambahan duit di dalam poket, bakal merangsang pasaran tempatan.
Penambahbaikan SST dijangka jana hasil RM51.7 bilion pada 2025 - Amir Hamzah
Unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
'ASEAN berpotensi pastikan harga barang negara anggota stabil'
Ia berpotensi mengukuhkan kedudukan ekonomi ASEAN di persada global dan memastikan kestabilan harga serta daya tahan ekonomi rantau ini.
Krisis inflasi terburuk Australia berakhir - PM Albanese
Rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis, dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.