Kumpulan Media Star akan melaksanakan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan kos kakitangannya.
Menurut sumber, pemberhentian yang akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini akan menggunakan kaedah 'Last-In-First-Out'. (LIFO).
Langkah itu dipercayai terpaksa dilakukan disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kebanyakan syarikat media terutamanya peralihan ke elemen digital serta kesan jangka panjang penularan pandemik COVID-19.
"Mutual Separation Scheme (MSS) yang dilakukan sebelum ini tidak mengurangkan jumlah pekerja seperti yang diharapkan untuk membantu syarikat.
"Oleh yang demikian syarikat terpaksa melakukan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan pekerja," kata sumber tersebut.
Pemberhentian ini menjadikan Kumpulan Media Star sebagai syarikat media terbaharu yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja akibat saingan dunia digital.
Jun lepas, Kumpulan Media Prima menamatkan khidmat 300 pekerja dalam usaha menyusun semula operasi mereka.
Astro Awani
Tue Sep 15 2020

Pemberhentian ini menjadikan Kumpulan Media Star sebagai syarikat media terbaharu yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja akibat saingan dunia digital. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Amazon berhentikan lebih 17,000 pekerja
Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.

Tolak tawaran belajar di universiti demi jaga ibu bapa strok
Dua beradik di Taman Rinting, Masai di sini terpaksa menolak tawaran melanjutkan pengajian demi mahu menjaga ibu bapa mereka.

Tun Mahathir kesal letak jawatan Perdana Menteri pada 2003
Kata Dr Mahathir, tiada siapa menyuruhnya letak jawatan pada waktu itu, namun tindakan berbuat demikian adalah atas kerelaannya sendiri.

Kumpulan Media Star struktur semula operasi, bakal kurangkan pekerja
Kumpulan Media Star akan melaksanakan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan kos kakitangannya.

Penggabungan UMT, UniSZA: Tiada sesiapa akan diberhentikan
Tiada pemberhentian petugas termasuk berstatus kontrak sekiranya penggabungan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), direalisasikan kelak.

Lebih 20,000 murid, pelajar sekolah jalani sesi berhenti merokok
Menerusi sesi intervensi lanjutan itu, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah akan menetapkan tarikh untuk mereka berhenti merokok secara sukarela.

Tiada paksaan, terpulang jika Nazir mahu berhenti awal - Daim
Keputusan untuk Nazir meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada individu tersebut.

"Dont give up"- Neelofa beri kata semangat pada Haqiem Rusli
Neelofa meminta agar Haqiem tidak berputusa asa dan terus menjadi dirinya sendiri.

Khazanah sedia pusat penempatan untuk 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan
Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semulanya.

Bulan Ramadan sangat kondusif untuk berhenti merokok - MIMPA
Individu yang mahu berhenti merokok memerlukan ketahanan mental yang tinggi untuk memastikan hasrat itu tecapai.