SERI ISKANDAR: Kawasan koridor ekonomi seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjadi jambatan penting dalam menghubungkan bandar dan luar bandar, memupuk aktiviti ekonomi selain memudahkan lagi pembangunan luar bandar dan sumber yang saksama di setiap wilayah berkenaan.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sebagai agensi pelaksana pembangunan NCER, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah melaksanakan infrastruktur strategik dan pembangunan modal insan bagi menarik pelaburan berkualiti yang memberi kesan besar ke atas pertumbuhan NCER.
Ini termasuk secara asasnya menumpukan objektif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kata beliau.
"Sebagai contoh, projek pembangunan semula Pusat Pelancongan EkoRimba Lata Kinjang, Perak telah berjaya menaikkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kampung-kampung berdekatan menerusi tawaran peluang pekerjaan dan perniagaan.
"Model pembangunan Lata Kinjang yang terbukti berjaya ini akan dikembangkan bagi projek-projek lain seperti pembangunan komuniti di kawasan kurang membangun dan projek pembangunan kawasan sempadan di NCER," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2023: Wilayah Utara di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Hanifah Hajar berkata Kementerian Ekonomi turut menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengintegrasikan SDG ke dalam dasar pembangunan nasional.
Selain itu, Pusat SDG Negara yang ditubuhkan di bawah kementerian itu baru-baru ini, telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan tindakan penyelarasan SDG di peringkat nasional, katanya.
"Ini termasuk menambah baik pencapaian SDG negara dan meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaannya, di samping mengadaptasi prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," katanya.
Beliau turut menyifatkan perancangan itu sebagai amat penting dalam menentukan hala tuju Malaysia ke arah mencapai matlamat SDG secara lebih berkesan dan cekap.
"Perjalanan memperluas kesedaran SDG ke seluruh negara memerlukan kita untuk turut bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang muncul. Kita memerlukan pendekatan berbeza dalam menyetempatkan SDG di peringkat akar umbi," katanya.
Dalam pada itu, acara sehari Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2023: Wilayah Utara itu dianjurkan bersama oleh NCIA dan Kementerian Ekonomi.
Selain menyokong usaha kerajaan Persekutuan dalam menggalakkan pelaksanaan dan pencapaian SDG di peringkat negeri serta tempatan, acara itu juga bertujuan meningkatkan lagi kesedaran dan pemahaman mengenainya dalam kalangan rakyat.
Pada masa sama, program itu menekankan kepentingan koridor ekonomi dan integrasinya dalam Rangka Kerja SDG Kebangsaan serta kepentingan penjajaran antara matlamat SDG dengan rancangan, program dan projek peringkat tempatan selain pelaksanaan serantau dalam mencapai Agenda Mampan 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Hanifah Hajar berkata Kementerian Ekonomi turut menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengintegrasikan SDG ke dalam dasar pembangunan nasional. - Foto Bernama

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

NCIA beri fokus kepada sektor baru muncul, mampan - COO
NCER akan memberi tumpuan kepada sektor baharu dan baru muncul, termasuk tenaga boleh diperbaharui (RE), selaras dengan agenda kemampanan dan hijau untuk lima hingga 10 tahun akan datang.

Koridor ekonomi jambatan penting pupuk aktiviti ekonomi - Hanifah Hajar
Kawasan koridor ekonomi seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjadi jambatan penting memupuk aktiviti ekonomi.

Jadikan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka projek nasional - Ab Rauf
Kerajaan Melaka berharap projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) menjadi sebahagian daripada projek nasional.

Pihak Berkuasa Koridor catat pelaburan komited RM101.43 bilion bagi tahun 2021-2022 - Rafizi
Pihak Berkuasa Koridor telah mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM101.43 bilion dengan jumlah pelaburan direalisasi sebanyak RM64.07 bilion bagi tahun 2021-2022.

Indonesia mahu projek feri RORO Dumai-Melaka diteruskan
Projek tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan koridor ekonomi di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Iskandar Malaysia peroleh pelaburan RM172.2 bilion pada H1 2019
Sejak penubuhannya pada 2006 hingga H1 2019, ia mencatatkan pelaburan komited terkumpul sebanyak RM302.09 bilion.

Iskandar Malaysia tarik pelaburan RM128.21 bilion
Iskandar Malaysia berjaya mencatat pelaburan komited kumulatif keseluruhan sebanyak RM128.21 bilion sejak penubuhannya pada 2006.