MENINGKATKAN gaji tidak dinafikan penting untuk meningkatkan taraf hidup bagi kumpulan berpendapatan rendah dan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan. Dasar meningkatkan gaji didapati menjadi salah satu penawar utama dalam mengurangkan isu struktur ekonomi Malaysia seperti ketidakpadanan pekerjaan, pengangguran belia dan pekerjaan tak formal. Inisiatif kerajaan untuk meneroka potensi adaptasi model gaji progresif atau progressive wage model (PWM) tepat pada masanya untuk meningkatkan pekerja bergaji sederhana, terutamanya pekerja separa mahir.
Pada masa ini, keutamaan kritikal adalah untuk meningkatkan gaji bagi kumpulan berpendapatan sederhana, terutamanya pekerja separa mahir. Hal ini kerana pertumbuhan gaji mereka adalah yang paling perlahan berbanding pekerja mahir dan berkemahiran rendah bagi tempoh 2010-2021. Pada tahun 2021, terdapat kira-kira 52% pekerja menerima gaji di bawah paras gaji median.
Memandangkan cabaran ini, pelaksanaan PWM yang disesuaikan dengan kumpulan pekerja ini dijangka dapat memberi impak yang signifikan kepada keseluruhan lonjakkan kadar gaji. Hal ini kerana pekerja separa mahir mendominasi sekitar 62% daripada keseluruhan gunatenaga.
PWM menyediakan rangka kerja berstruktur untuk pertumbuhan gaji dan kemajuan produktiviti. Dengan mengaitkan kenaikan gaji kepada pembangunan kemahiran dan peningkatan produktiviti, pekerja berpeluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dan potensi pendapatan mereka. Majikan mendapat manfaat daripada tenaga kerja yang lebih bermotivasi dan berkemahiran. PWM juga membantu menarik dan mengekalkan bakat, kerana pekerja lebih cenderung untuk kekal dengan syarikat yang menawarkan laluan yang jelas untuk kemajuan dan gaji yang adil.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pembaharuan dasar gaji memerlukan badan tadbir urus yang inklusif dan cekap. Ekosistem gaji berkait rapat dengan ekosistem pasaran buruh. Sebaik-baiknya, tahap dan struktur gaji harus dikawal, dipantau dan campur tangan mengikut ekosistem pasaran buruh yang merangkumi pra-pekerjaan, pekerjaan dan pasca-pekerjaan (lihat Rajah 1).
Perintah gaji minimum yang ada hanya campur tangan dalam penggajian sektor swasta bagi kumpulan berpendapatan rendah dan tidak terpakai kepada segmen pekerja lain dalam pasaran buruh (lihat Rajah 1). Peranan dan fungsi utama badan tadbir urus gaji semasa di Malaysia adalah terhad kepada gaji minimum dan oleh itu ia mempunyai had dalam menangani isu gaji dari perspektif yang menyeluruh.
Rajah 1 Kelompongan penetapan gaji dalam ekosistem pasaran buruh
Contohnya, tiada garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa bagi menetapkan cadangan elaun pelajar latihan industri. Begitu juga, wujud vakum dalam mentadbir urus gaji dan gunatenaga pekerja berusia. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mempunyai badan tadbir urus yang memantau keseluruhan ekosistem gaji untuk pengagihan manfaat ekonomi yang lebih adil dan meningkatkan produktiviti pekerja keseluruhan. Australia dan Singapura adalah contoh negara yang mempunyai badan tadbir urus yang cekap dalam memantau dan meningkatkan struktur gaji.
Fair Work Commission merupakan sebuah suruhanjaya di Australia yang memainkan peranan penting dalam mentadbir ekosistem gaji. Sebagai badan berkanun yang bebas, ia menetapkan dan menyemak gaji minimum, gaji progresif dan keadaan tempat kerja serta memastikan imbuhan yang adil dan saksama merentas pelbagai industri dan pekerjaan.
Suruhanjaya menjalankan penyelidikan dan perundingan menyeluruh untuk menilai keadaan ekonomi, arah aliran pasaran buruh, dan keperluan kedua-dua pekerja dan majikan apabila menentukan pelarasan gaji. Selain itu, ia menyelesaikan pertikaian di tempat kerja dan menawarkan panduan pakar mengenai perkara berkaitan pekerjaan, memupuk persekitaran buruh yang seimbang dan harmoni. Dengan pengawasan dan komitmen yang menyeluruh Fair Work Commission memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan pekerja Australia dan memupuk ekosistem gaji yang mampan dan adil.
Pada pandangan penulis, jika kita mahu melihat perubahan gaji benar-benar berlaku, Malaysia memerlukan sebuah Suruhanjaya Gaji yang bebas untuk mengawal selia, memantau dan mengesyorkan tahap gaji yang adil. Pengalaman penulis terlibat dalam penyelidikan dan analisis dasar pasaran buruh mendapati terdapat kekangan tadbir urus yang menyukarkan untuk melaksanakan dan memantau dasar gaji.
Sekiranya campur tangan gaji masih menggunakan peraturan dan tadbir urus sedia ada, sebarang dasar gaji termasuk PWM akan melalui kesukaran untuk dilaksanakan dengan berkesan dan progresif. Jika kita bersetuju menerima dasar PWM tanpa badan tadbir urus yang kukuh, kita berkemungkinan akan mewujudkan pemecahan tadbir urus gaji dan akan merumitkan lagi keadaan.
* Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari adalah Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE. Beliau aktif memantau perkembangan ekonomi dan pasaran buruh di Malaysia melalui Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), THE FUTURE
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Thu Jul 27 2023
Inisiatif kerajaan untuk meneroka potensi adaptasi model gaji progresif atau progressive wage model (PWM) tepat pada masanya untuk meningkatkan pekerja bergaji sederhana, terutamanya pekerja separa mahir. - Gambar hiasan
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
[KOLUMNIS] Suruhanjaya Gaji untuk masa depan mampan
Meningkatkan gaji tidak dinafikan penting untuk meningkatkan taraf hidup bagi kumpulan berpendapatan rendah dan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.