KETERANGKUMAN Kewangan adalah teras kepada matlamat Malaysia MADANI dalam usaha untuk memastikan semua segmen masyarakat, terutamanya golongan yang tercicir atau kurang akses kepada kemudahan perkhidmatan kewangan, diberikan penyelesaian kewangan yang sesuai dan berpatutan.
Hal ini telah diberi perhatian oleh kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM), serta pemain industri, dan hasil usaha sama kesemua pihak berkepentingan telah bersetuju bahawa kewujudan bank-bank digital dapat memenuhi keperluan asas kewangan ini kepada masyarakat.
Pada tahun 2020, Rangka Kerja Keterangkuman Kewangan bank Negara 2023-2026 dibangunkan dengan tujuan utama untuk memperkasa perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selaras dengan matlamat Malaysia MADANI.
Namun, wujud beberapa cabaran dalam menyokong matlamat Keterangkuman Kewangan. Antaranya adalah cabaran geografi, serta kadar celik digital dan kebolehan untuk meningkatkan keupayaan untuk membayar kembali pembiayaan sepanjang tempoh pinjaman.
Selain itu, golongan profil risiko menghadapi kesulitan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan seperti kumpulan berskala kecil dan kumpulan yang belum layak menerima pinjaman oleh pihak bank tradisional. Semua hal-hal ini, dirumitkan lagi dengan suasana pasca-pandemik, telah menjejaskan kebolehan mereka untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang memadai untuk diri sendiri serta keluarga mereka.
Solusi terhadap masalah ini telahpun dibentangkan melalui Rangka Kerja Keterangkuman Kewangan Bank Negara 2023-2026. Di dalam rangka kerja ini, BNM menggariskan betapa pentingnya semua lapisan masyarakat Malaysia mempunyai akses yang menyeluruh dan sama untuk perkhidmatan kewangan yang berkualiti. Solusi kewangan berinovasi tinggi mampu mengurangkan jurang perkhidmatan kewangan yang sedia ada dengan menggunakan penyediaan perkhidmatan berasaskan teknologi
Data hasil kajian terkini oleh sebuah kerjasama di antara Google, Temasek dan Bain & Co menyatakan bahawa penerimagunaan perkhidmatan kewangan digital (digital financial services) di Asia Tenggara terus meningkat pada kadar yang pantas di kalangan pengguna individu dan PMKS, terutamanya untuk perkhidmatan pinjaman dan bayaran digital. Ini menggariskan keperluan untuk rantau ini berganjak ke hadapan dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang baik dan ini boleh dilakukan dengan adanya bank-bank digital yang lestari.
Semasa pandemik melanda dunia, rakyat Malaysia telah mengambil kesempatan ini untuk menambah baik kecelikan digital mereka. Kajian yang diterbitkan oleh Bank Negara menunjukkan seramai 74 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kewangan digital. Pada tahun 2021, 79 peratus orang dewasa Malaysia menggunakan pembayaran digital seperti QR code. Daripada angka ini, 42 peratus kata mereka membuat bayaran digital buat pertama kali semasa pandemik.
Namun demikian, perihal kecelikan kewangan tetap menjadi isu di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia.
Peranan bank-bank digital untuk memastikan Rangkuman Kewangan Malaysia tercapai
Bank-bank digital memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian kecelikan kewangan Malaysia tercapai. Ini adalah mustahak untuk mencapai matlamat Malaysia MADANI dalam memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses perkhidmatan kewangan secara menyeluruh dan lengkap, dan mendapatkan akses perkhidmatan perbankan digital dengan mudah tanpa cas-cas tersembunyi seperti cas transaksi dan sebagainya.
Konsep bank digital dilihat mampu mencapai beberapa objektif yang mungkin lebih sukar dicapai oleh bank tradisional. Ini kerana bank digital mampu memberikan akses 24 jam kepada perkhidmatan perbankan untuk melakukan sebarang transaksi tanpa perlu berada secara fizikal di dalam cawangan bank yang mempunyai had masa. Selain itu, bank digital menyediakan pelbagai teknologi inovatif seperti menggunakan transaksi masa nyata dan pindahan wang segera, meletakkan mereka sebagai alternatif yang lebih menarik untuk pengguna.
Kebolehan ini dapat dicapai bukan sahaja oleh individu, malah mampu dicapai oleh pengusaha PMKS juga.
Seperti contoh, membuka akaun deposit untuk individu dan PMKS sebelum ini memerlukan beberapa langkah-langkah tambahan, seperti dokumen-dokumen rasmi melibatkan sejarah perkhidmatan kewangan, keperluan untuk ke lokasi cawangan bank tradisional, dan ada masanya, memerlukan penyata gaji atau pendapatan daripada institusi kewangan yang lain.
Kesemua langkah-langkah membuka akaun di atas tidak diperlukan jika masyarakat menggunakan bank digital. Melalui proses pengesahan Know Your Customer (KYC) yang telah pun diluluskan oleh BNM, bank digital mampu membantu pelanggan mereka buka akaun tanpa kesulitan yang wujud sebelum ini.
Hasilnya tetap sama, iaitu pengguna dapat membuka akaun, tetapi melalui bank digital, tiada langkah-langkah tambahan yang menyulitkan keadaan.
Begitu juga dengan proses membuat pinjaman, mendapatkan nombor akaun persendirian ataupun bagi PMKS, dan sebagainya. Kesemua langkah-langkah yang diperlukan sebelum ini, kini disingkatkan dan dipermudahkan dengan penggunaan teknologi dan digital.
Kewujudan Bank Digital di Malaysia
Permintaan pasaran terhadap kewujudan bank digital sememangnya sudah lama wujud. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan masyarakat serata dunia lebih gemar menggunakan perkhidmatan kewangan secara digital. Di Malaysia, kekangan yang ada sebelum ini kian diperhalusi dengan cadangan pemberian lima lesen bank digital oleh BNM kepada pemain industri.
BNM meletakkan beberapa syarat penting kepada pemain industri jika mereka hendak menubuhkan bank digital. Antaranya adalah memastikan kelestarian perkhidmatan bank digital, memastikan golongan yang tidak mampu mengurus hal kewangan peribadi boleh berbuat demikian, serta memastikan mereka yang tercicir daripada perkhidmatan kewangan sebelum ini mampu mempunyai akaun simpanan sewajarnya.
Di antara lima penerima dan bakal penerima lesen bank digital oleh BNM seperti konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad (Boost Bank); konsortium Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd; konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc. (Aeon Bank); dan konsortium KAF Investment Bank Sdn. Bhd., GXBank merupakan bank digital pertama Malaysia, and telah mencapai lebih daripada 100 ribu pengguna, manakala Boost Bank and Aeon Bank telah menerima kelulusan untuk bermula operasi baru-baru ini..
GXBank contoh pertama
Selain dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, GXBank juga mengambil pendekatan yang lebih teliti untuk melindungi dan membolehkan pengguna meraih ketenangan fikiran. Semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit, mengikut piawaian kawalselia.
GXBank, contohnya yang mempunyai lebih 99 peratus kakitangan rakyat Malaysia, mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang menyeluruh dalam bidang kewangan dan teknologi. Berasaskan legasi teknologi inovatif daripada Grab, GXBank dilihat mampu membawa inovasi dalam sektor perbankan di Malaysia. Dengan memanfaatkan ekosistem konsortium beserta rakan industri lain, GXBank berusaha membina Malaysia yang mempunyai ketahanan dan keterangkuman kewangan yang menyeluruh.
Selain itu, Grab yang mempunyai berjuta pengguna, pemandu dan rakan penghantaran serta rangkaian peniaga di platform Grab sedikit sebanyak mampu memberi GXBank pandangan tentang keperluan kewangan mereka.
Inisiatif Grab dalam membantu menyediakan peluang pendapatan untuk golongan tercicir seperti masyarakat OKU dan ibu bapa tunggal memberikan kelebihan. Melalui GXBank, mereka yang kurang akses kepada perkhidmatan kewangan mampu mendapatkan perkhidmatan dan produk kewangan runcit untuk individu, atau komersial untuk pelanggan PMKS.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei Si Lai, objektif mereka adalah untuk membawakan transformasi positif dalam industri kewangan dengan menawarkan perkhidmatan perbankan dan membantu komuniti yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan mencapai impian mereka supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Tahun 2024 ini, kita akan menyaksikan industri bank digital giat diperluaskan lagi. Aplikasi GXBank, kini tersedia untuk dimuat turun di aplikasi Google and Apple Store, akan membawa Malaysia selangkah lebih dekat kepada keterangkuman and daya tahan kewangan. Ini adalah amat baik dalam usaha kita untuk memastikan kesemua rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan kewangan yang lengkap, dan lestari, seiring dengan matlamat Malaysia MADANI.
* Penulis merupakan wartawan Astro AWANI dan mengendalikan program berunsur perniagaan dan ekonomi.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan bidangnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Najib Aroff
Tue Jan 09 2024
![[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan [KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704886620_TBGXBANK.jpg)
Selain dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, GXBank juga mengambil pendekatan yang lebih teliti untuk melindungi dan membolehkan pengguna meraih ketenangan fikiran.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024
Sejak mula beroperasi, transaksi e-pembayaran tiga bank itu catat peningkatan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, mengatasi jangkaan dan unjuran.

Gangguan IT global: AEON Bank sahkan operasi tidak terjejas
Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.

PM Anwar mahu bank digital bantu tingkatkan transaksi e-pembayaran
Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah.
![[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan [KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704886620_TBGXBANK.jpg)
[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan
Antara cabarannya adalah geografi, kadar celik digital dan kebolehan meningkatkan keupayaan untuk membayar kembali pembiayaan.

Penilaian bank digital selaras undang-undang, tiada rancangan keluarkan lebih banyak lesen - BNM
Gabenor Bank Negara berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.

Bank besar Malaysia mampu depani persaingan daripada bank digital inovatif - Moody's Investors
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan.

Sarawak terima keputusan BNM tidak luluskan permohonan lesen bank digital
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak meluluskan pemohonan kerajaan negeri untuk memperolehi lesen bank digital.

Landskap industri perbankan dan kewangan dijangka lebih menarik dengan kehadiran bank digital - Deloitte
Dengan lebih dari 29 permohonan bersaing untuk mendapatkan lesen dari bank pusat, ini menunjukkan minat yang jelas dari para peserta dan peluang pasaran.

BNM terima 29 permohonan bagi dapatkan lesen bank digital
Bank pusat itu berkata sehingga lima lesen akan dikeluarkan dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada suku pertama 2022.

BNM akan keluarkan sehingga lima lesen bank digital
Bank pusat hari ini mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan bank digital sebagai sebahagian langkah membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.