KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, menerusi temu bual secara eksklusif bersama Bernama, berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.
Soalan: Mengapa BNM membuka pintu bagi bank digital? Memandangkan bank-bank tradisional yang ada sekarang telah mula melaksanakan pendigitalan dalam operasi mereka, apa lagi yang boleh dilakukan oleh bank-bank ini?
Jawapan: Penyertaan bank digital merupakan sebahagian daripada wawasan menyeluruh yang kami rancang bagi sektor kewangan. Dalam Rangka Tindakan Sektor Kewangan yang kami keluarkan baru-baru ini, tema utama yang kami tekankan adalah "kewangan untuk semua".
Bagi Bank Negara Malaysia, ia adalah untuk memastikan pelanggan mempunyai pilihan lebih meluas dalam perkhidmatan kewangan bagi memenuhi keadaan dan keperluan khusus mereka. Dengan cara ini, penyertaan bank digital dijangka merangsang pengenalan model perniagaan inovatif dan produk serta perkhidmatan baharu.
Dengan sektor perbankan yang lebih dinamik, keperluan semua segmen ekonomi akan seterusnya dapat dipenuhi dengan lebih baik - bukan untuk hari ini sahaja tetapi juga pada masa hadapan. Apa yang lebih penting, bank digital baharu itu dijangka dapat menangani keperluan kewangan yang tidak dapat dipenuhi bagi segmen pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan dan tidak mendapat perkhidmatan.
Kami terutamanya mahu memanfaatkan potensi teknologi inovatif bagi menambah baik akses, mengurangkan kos dan meningkatkan utiliti dan kualiti perkhidmatan kewangan kepada kumpulan seperti perniagaan kecil, pekerja ekonomi gig dan golongan belia atau pelajar.
Menerusi penggunaan teknologi yang lebih meluas dan model pertama digital, sistem kewangan akan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti kita, Dengan persaingan sengit daripada bank digital, kita juga menjangkakan bank-bank tradisional akan mempercepatkan rancangan digital mereka.
Pelanggan juga boleh mengharapkan produk yang lebih baik bagi memenuhi keperluan mereka, yang didayakan oleh analitik data. Sebagai contoh, bagi pelanggan dengan sejarah kekangan kredit, penskoran kredit yang berdasarkan kepada data alternatif mungkin dapat membantu merapatkan jurang pembiayaan.
Penggunaan teknologi yang lebih baik juga berpotensi dapat menawarkan instrumen pengurusan kewangan yang diperibadikan bagi menggalakkan tingkah laku kewangan bertanggungjawab dan membantu pelanggan mengawal kewangan mereka, seperti memantau perbelanjaan dengan lebih baik atau untuk menggalakkan simpanan mikro. Oleh itu, bagi meningkatkan peluang kepada semua untuk menyertai ekonomi dan menambah baik kesejahteraaan mereka kita perlu mengambil pendekatan perkhidmatan kewangan yang lebih holistik.
BACA: AEON, Boost, Kuok Brothers antara lima pemohon berjaya dapat lesen bank digital - BNM
Soalan: Boleh Tan Sri jelaskan mengenai proses dan kriteria pelesenan untuk bank-bank digital?
Jawapan: Kriteria yang diguna pakai oleh BNM dalam penelitian permohonan yang diterima bukanlah sesuatu yang dibuat secara mudah atau sewenang-wenangnya. Ini sebaliknya berpandukan apa yang telah digariskan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 serta Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Secara ringkasnya, pertimbangan utama bagi penilaian itu adalah keupayaan bank-bank digital ini untuk beroperasi secara selamat dan kukuh selain dapat memberi cadangan nilai yang mantap untuk memacu keterangkuman kewangan yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Memandangkan bank-bank ini mengambil deposit daripada orang awam, maka aspek perlindungan deposit ini amat diutamakan oleh BNM bagi mempertimbang permohonan-permohonan tersebut.
Sejajar dengan pengumuman bahawa hanya lima lesen yang akan dikeluarkan, proses bagi pemilihannya juga amat kompetitif. Kesemua 29 permohonan yang diterima itu telah kami nilai secara teliti berdasarkan merit masing-masing dengan setiap permohonan terbabit dinilai oleh beberapa kumpulan dari pelbagai sudut.
Setiap permohonan itu kemudiannya dinilai berbanding permohonan lain bagi menentukan kekuatan relatif mereka serta mengenal pasti lima permohonan yang terbukti menepati objektif serta keperluan kerangka perbankan digital.
Jika diteliti profil lima pemohon yang berjaya, terdapat banyak elemen yang menjadikannya lebih menonjol atau berbeza daripada lainnya.
Pemohon terbabit telah mengemukakan nilai yang kukuh serta boleh dipercayai yang berteraskan pemahaman mendalam terhadap sasaran segmen pasaran masing-masing dalam kalangan komuniti yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan itu.
Produk serta perkhidmatan yang akan ditawarkan juga memaparkan keperluan tersebut dengan menangani jurang pasaran khusus dalam kalangan segmen kurang atau tidak mendapat perkhidmatan itu yang kebanyakannya melibatkan komuniti Bumiputera seperti perniagaan kecil serta pekerja ekonomi gig.
Mereka juga dapat menunjukkan bagaimana untuk mencapat sasaran itu menerusi penggunaan aplikasi teknologi yang inovatif serta membangunkannya berdasarkan prestasi rekod perniagaan sedia ada.
Pemohon yang berjaya juga telah menunjukkan bagaimana mereka akan menguruskan operasi secara berkesan atau cekap. Ini termasuk kemampuan untuk mematuhi standard kewangan, tadbir urus dan risiko yang bertujuan melindungi pendeposit bagi tempoh secara berterusan.
Selain itu, mereka juga telah menunjukkan keupayaan pengurusan risiko teknologi yang kukuh dan amat penting bagi operasi bank digital.
Malah, saya juga tidak pasti sama ada ramai menyedari, namun, sekiranya anda melihat kembali pengalaman bank-bank digital di seluruh dunia, anda akan mendapati kebanyakannya jarang-jarang mencatatkan keuntungan semasa tempoh awal beroperasi. Perbankan merupakan perniagaan untuk jangka panjang, dan ia bukan perniagaan yang mudah untuk diceburi.
Semasa proses penilaian, sehubungan itu, kami menjalankan analisis yang teliti terhadap kapasiti kewangan dan operasi pemohon untuk menentukan sama ada mereka mempunyai kaedah untuk menubuhkan dan mengembangkan bank digital berdasarkan perniagaan, teknologi dan rancangan keluar yang mantap dan boleh dipercayai (sekiranya mereka masih membuktikan tidak berjaya).
"Kami turut melihat melangkaui tempoh tiga hingga lima tahun bermulanya operasi bank digital -- apa yang kita namakan sebagai 'fasa asas' - untuk menilai sama ada bank digital itu mungkin berupaya memenuhi keperluan modal minimum yang lebih tinggi sebanyak RM300 juta yang akan digunakan setanding dengan bank-bank berlesen lain.
Memandangkan bank digital akan menerima deposit daripada orang ramai dan orang ramai yakin dan berharap deposit mereka selamat dan dilindungi, kami melaksanakan penilaian ini dengan sangat teliti.
Akhir sekali, saya juga ingin menambah bahawa adalah penting untuk kita melindungi integriti proses penilaian ini, memastikan ia dijalankan secara objektif dan tidak berat sebelah. Pelbagai semak dan imbang diadakan.
Sebagai contoh, semua yang terlibat dengan proses penilaian ini perlu mengisytiharkan sekiranya mereka mempunyai sebarang minat dengan mana-mana pemohon, misalnya sama ada mereka memiliki sebarang pemegangan saham terhadap mana-mana pemohon, atau rakan-rakan atau anggota keluarga yang berkhidmat di sana.
Penilaian tertakluk kepada pelbagai peringkat semakan dan cabaran, melibatkan penyeliaan, teknologi dan pasukan risiko pakar kami. Penilaian ini kemudiannya tertakluk kepada peringkat selanjutnya semakan pengurusan bank ini.
Semua ini menunjukkan bahawa aia adalah satu proses yang sukar. Bagaimanapun, pemberian lesen perbankan baharu ini merupakan sesuatu yang tidak selalu kami lakukan, maka, amat penting untuk kami melaksanakannya dengan tepat.
Soalan: Terdapat kebimbangan yang disuarakan pihak tertentu bahawa lima penerima lesen Bank Digital yang diumumkan baru-baru ini kurang penyertaan daripada syarikat Bumiputera. Boleh Tan Sri berikan pandangan.
Jawapan: Dua konsortium iaitu Boost-RHB dan KAF Investment Bank majoritinya dimiliki oleh Bumiputera. Sementara itu, konsortium lain yang berjaya turut mempunyai pemegangan saham Bumiputera.
Secara umumnya, pegangan saham Bumiputera dalam sistem kewangan juga ketara, iaitu pada 43.5 peratus, lebih tinggi daripada yang dilihat dalam sektor ekonomi lain.
Sektor kewangan juga menyediakan pekerjaan kepada ramai Bumiputera, dengan ramai yang memegang jawatan di peringkat kepimpinan di institusi kewangan negara: 54 peratus daripada ketua pegawai eksekutif dan 50 peratus daripada ahli lembaga pengarah adalah Bumiputera.
Sehubungan itu, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat isu ini bukan hanya sekadar kepada pemegangan saham tetapi kepada impak yang kita harapkan dan mahukan daripada bank digital - iaitu untuk menyediakan perkhidmatan dengan berkesan kepada segmen yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan, yang kebanyakannya daripada komuniti Bumiputera.
Pada akhirnya, bank digital yang kukuh dan berjaya akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
Soalan: Mengapa BNM hanya menawarkan 5 lesen dan adakah lebih banyak lagi lesen akan dikeluarkan pada masa akan datang?
Jawapan: Pada masa ini, kami tidak mempunyai rancangan untuk mengeluarkan lebih banyak lesen selain daripada lima yang telah diumumkan.
Tumpuan segera kami adalah untuk memastikan bahawa bank digital dapat memulakan operasi tanpa sebarang penangguhan, supaya mereka mula menyampaikan proposisi nilai yang dijanjikan bagi memenuhi keperluan segmen yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan.
Dalam memutuskan untuk memberikan lima lesen, BNM mempertimbangkan banyak faktor, seperti saiz sistem perbankan kita berbanding ekonomi. Ia bukan seperti "lebih banyak, lebih meriah!".
Adalah penting bagi kita untuk mengimbau kembali keadaan pada 1990-an, yang mana kita mempunyai sejumlah besar bank domestik, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai kekuatan kewangan, saiz dan skala untuk beroperasi secara berdaya maju atau bersaing dengan berkesan.
Apa yang jelas, rakyat Malaysia tidak memerlukan jumlah bank yang lebih banyak. Kita juga tidak boleh melupakan krisis kewangan Asia yang mana ekonomi negara mengalami kemelesetan yang paling teruk disebabkan oleh beberapa bank lemah yang gagal - dengan kesannya ditanggung oleh pembayar cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Menurut Nor Shamsiah, dalam memutuskan untuk memberikan lima lesen, BNM mempertimbangkan banyak faktor, seperti saiz sistem perbankan berbanding ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024
Sejak mula beroperasi, transaksi e-pembayaran tiga bank itu catat peningkatan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, mengatasi jangkaan dan unjuran.
Gangguan IT global: AEON Bank sahkan operasi tidak terjejas
Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.
PM Anwar mahu bank digital bantu tingkatkan transaksi e-pembayaran
Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah.
[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan
Antara cabarannya adalah geografi, kadar celik digital dan kebolehan meningkatkan keupayaan untuk membayar kembali pembiayaan.
Penilaian bank digital selaras undang-undang, tiada rancangan keluarkan lebih banyak lesen - BNM
Gabenor Bank Negara berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.
Bank besar Malaysia mampu depani persaingan daripada bank digital inovatif - Moody's Investors
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan.
Sarawak terima keputusan BNM tidak luluskan permohonan lesen bank digital
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak meluluskan pemohonan kerajaan negeri untuk memperolehi lesen bank digital.
Landskap industri perbankan dan kewangan dijangka lebih menarik dengan kehadiran bank digital - Deloitte
Dengan lebih dari 29 permohonan bersaing untuk mendapatkan lesen dari bank pusat, ini menunjukkan minat yang jelas dari para peserta dan peluang pasaran.
BNM terima 29 permohonan bagi dapatkan lesen bank digital
Bank pusat itu berkata sehingga lima lesen akan dikeluarkan dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada suku pertama 2022.
BNM akan keluarkan sehingga lima lesen bank digital
Bank pusat hari ini mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan bank digital sebagai sebahagian langkah membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.