Tindakan Khazanah Nasional Bhd melepaskan 40 peratus kepentingannya dalam Malaysian Shoaiba Consortium Sdn Bhd akan membolehkan syarikat tersebut keluar daripada konsortium itu dengan meraih keuntungan lebih kukuh berdasarkan aliran tunai masa depan projek berkenaan.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Khazanah berkata ia memeterai pelaburan bersama dengan Malakoff Corp Bhd dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi konsortium itu pada 2005 yang bertujuan menyokong penyertaan Malaysia dalam pasaran pengeluar bebas air dan tenaga Arab Saudi.
"Oleh kerana projek itu telah selesai dan beroperasi sepenuhnya, Khazanah telah mencapai objektif komersial pelaburannya dalam konsortium tersebut," kata syarikat pelaburan strategik negara itu.
Malah, Khazanah turut meneliti semua peluang bagi penjualan kepentingan yang ditetapkan berdasarkan sasaran kewangan dan strategik.
"Aset-aset itu boleh dipertimbang bagi tujuan penjualan saham apabila objektif dan sasaran pulangan pelaburan yang disasarkan telah dicapai, sebagaimana dalam perkara membabitkan kepentingan kami dalam konsortium itu."
Jelas Khazanah, langkah penjualan saham itu juga mungkin bergantung kepada kekukuhan pasaran selain tawaran, kualiti dan kredibiliti pembeli.
Di bawah mandat baharunya, syarikat itu beroperasi mengikut model dwi-dana iaitu sebagai dana komersial dan dana strategik.
"Secara amnya, dana komersial kami lebih tertumpu kepada usaha mewujudkan satu portfolio global yang dapat mempelbagaikan aset dan pendapatan untuk manfaat negara. Dana strategik itu pula memberi tumpuan kepada pelaburan strategik domestik, khususnya dalam infrastruktur," katanya.
Menurut Khazanah, hasil daripada penjualan saham dalam konsortium itu dilaburkan semula mengikut objektif yang ditetapkan oleh kedua-dua dana itu atau digunakan bagi tujuan pembayaran hutang dalam lembaran kira-kiranya.
"Setakat tahun ini, Khazanah telah memberi komitmen membabitkan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.4 bilion dan mengurangkan jumlah hutang keseluruhan sebanyak kira-kira RM6.4 bilion, sejajar dengan strategik korporat kami.
"Kami juga menjangka untuk terus melaksanakan lebih banyak pelaburan dalam separuh kedua 2019 berdasarkan peluang yang sedang kami tinjau," katanya.
Konsortium itu memiliki 50 peratus kepentingan ekuiti dalam Saudi-Malaysia Water and Electricity Co. Ltd (SAMAWEC) yang memegang 60 peratus kepentingan dalam Shuaibah Water and Electricity Co. Ltd (SWEC), dan 60 peratus kepentingan dalam Shuaibah Expansion Holding Company (SEHCO) yang memiliki 97.5 peratus kepentingan dalam Shuaibah Expansion Project Company (SEPCO).
SWEC pula memiliki Loji Air dan Tenaga Bebas Shuaibah 3 iaitu yang pertama dan terbesar seumpamanya di Arab Saudi manakala Pengembangan Shuaibah 3 itu telah beroperasi pada 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019

Khazanah turut meneliti semua peluang bagi penjualan kepentingan yang ditetapkan berdasarkan sasaran kewangan dan strategik.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.

Astro AWANI rangkul Anugerah Kecemerlangan Berita Penyiaran IBLA 2024
Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI merangkul Anugerah Kecemerlangan dalam Berita Penyiaran pada Malam Anugerah Kepimpinan Perniagaan Antarabangsa (IBLA) Ke-6 2024.

Firma penyelidikan positif terhadap langkah MAHB jual kepentingan GHIAL
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata MAHB perlu membayar balik masing-masing RM600 juta bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) pada 27 Dis, 2024 dan bon sukuk RM1 bilion pada 15 Dis, 2024.

Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.

KWSP perlu sedia aliran tunai untuk tampung pengeluaran tambahan - Kementerian Kewangan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menyediakan aliran tunai bagi menampung sebarang pengeluaran tambahan baharu, kata Kementerian Kewangan.

Petronas raih untung selepas cukai RM23.44 bilion pada suku pertama 2022
Keuntungan selepas cukai Petronas bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 melonjak kepada RM23.44 bilion berbanding RM9.22 bilion pada setahun lepas.

Total lockdown: Diskaun 6 bulan kepada penyewa tanah, bangunan kerajaan persekutuan
Shamsul Anuar berkata, ia juga bagi memberi ruang penyusunan semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka.

COVID-19: Gaji lebih rendah, majikan kekurangan aliran kewangan
Kebanyakan majikan kini mengalami kekangan aliran wang tunai, selain terdapat lebih 32,000 syarikat telah ditutup tahun lepas akibat pandemik itu.

'Adakan pakej ransangan khas untuk PKS'
Datuk Abdul Malik Abdullah berpendapat, bantuan yang ada sekarang tidak memadai kerana ia bukan secara bersasar.

Kesan PKP 2.0: Banyak perniagaan akan ditutup - Industries Unite
Menurut kenyataan dikeluarkan gabungan hampir 40 persatuan pedagang, perniagaan dan profesional, Industries Unite, beribu-ribu perniagaan telah gulung tikar sejak PKP 2.0 dilaksanakan.