KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menyediakan aliran tunai bagi menampung sebarang pengeluaran tambahan baharu, kata Kementerian Kewangan hari ini.
KWSP perlu mengambil langkah-langkah pengimbangan portfolio dengan mengambil kira pegangan tunai semasa, kecairan dan kematangan pegangan instrumen berpendapatan tetap selain memperlahankan aktiviti pelaburan domestik.
"Ini menyebabkan kekangan bagi penyertaan ke dalam peluang pelaburan baharu dan akan memberikan kesan secara langsung dari segi kehilangan potensi pulangan jangka masa panjang yang turut menjejaskan peluang bagi menjana pendapatan untuk tujuan pembayaran dividen kepada ahli pada masa hadapan," kata kementerian tersebut dalan jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin (PN-Pagoh) mengenai kebenaran pengeluaran KWSP secara bersasar bagi meringankan beban kehidupan rakyat.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pagoh itu meminta kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan KWSP dan moratorium pinjaman bank.
Menurut Kementerian Kewangan, indikator ekonomi menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi semakin pulih dengan perniagaan telah mula beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.
"Ini boleh dilihat daripada statistik KWSP yang menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi bilangan ahli dan majikan yang aktif mencarum, pendaftaran ahli dan majikan baharu serta jumlah caruman setakat Disember 2022," katanya.
Setakat Disember 2022, pendaftaran ahli meningkat kepada 635,989 daripada 421,643 manakala majikan meningkat kepada 93,669 daripada 72,518.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menyediakan aliran tunai bagi menampung sebarang pengeluaran tambahan baharu, kata Kementerian Kewangan hari ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.

NGO minta kerajaan pertimbang benarkan pengeluaran kecemasan KWSP
Mereka menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.

KWSP perlu sedia aliran tunai untuk tampung pengeluaran tambahan - Kementerian Kewangan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menyediakan aliran tunai bagi menampung sebarang pengeluaran tambahan baharu, kata Kementerian Kewangan.

Tiada kebenaran perhimpunan solidariti di pintu Parlimen Isnin depan - Polis
Polis tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 yang dirancang diadakan di pintu masuk Parlimen, Isnin depan.

PRU15: Tawar KWSP bersasar, PN sudah tidak ada modal - Anwar
Anwar Ibrahim mempersoalkan tawaran dibuat PN dalam kempen PRU15 berhubung pengeluaran simpanan KWSP.