AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi pada RM253.81 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2016 daripada RM48.76 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Perolehan berjumlah RM1.62 bilion atau 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan kos bahan api yang lebih rendah.
"Perolehan yang kukuh disokong oleh pertumbuhan 10 peratus dalam jumlah penumpang, manakala tambang purata naik 8.0 peratus pada RM153 berbanding RM141 pada suku yang sama tahun lepas," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
AirAsia berkata pertumbuhan keuntungan bersih disumbangkan oleh pertumbuhan perolehan semasa suku berkenaan sebanyak 23 peratus, terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam pendapatan operasi pajakan dan 24 peratus pengurangan dalam harga bahan api purata daripada US$78 setong pada suku kedua 2015 kepada US$59 setong pada suku kedua pada 2016.
Ketua Eksekutif AirAsia Group Tony Fernandes berkata: "Di Malaysia, permintaan kekal kukuh dan kami menjangka ini akan bertambah baik pada suku-suku akan datang setelah sentimen pengguna semakin meningkat dalam ekonomi domestik.
"Penumpang dari India memasuki Malaysia berkembang 34 peratus berbanding tahun ke tahun dan ini menunjukkkan jenama kami mengukuh di pasaran India setelah kami menambah penerbangan domestik dan antarabangsa di sana," katanya dalam satu kenyataan.
Pasaran India serta China dan ASEAN akan menjadi penting kepada pertumbuhan AirAsia memandangkan ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan China ke ASEAN ke India melalui rangkaiannya yang kukuh.
Bernama
Mon Aug 29 2016
![Keuntungan sebelum cukai suku kedua AirAsia melonjak kepada RM253.81 juta Keuntungan sebelum cukai suku kedua AirAsia melonjak kepada RM253.81 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466516671_AirAsia.jpg)
"Di Malaysia, permintaan kekal kukuh dan kami menjangka ini akan bertambah baik pada suku-suku akan datang setelah sentimen pengguna semakin meningkat dalam ekonomi domestik. - Gambar fail
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2 AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555644201_AirAsiaPress.jpg)
AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2
AirAsia Bhd hari ini meminta MAHB untuk memberi lebih keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2.
![AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513681486_airasia.jpg)
AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan
AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.
![Trend melancong: Tanda ekonomi baik Trend melancong: Tanda ekonomi baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513681486_airasia.jpg)
Trend melancong: Tanda ekonomi baik
Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.
![AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71512732861_Neelofa.jpg)
AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Pelakon Neelofa dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan murah, AirAsia Bhd. Satu pencapaian hebat buat pelakon yang sinonim dengan jenama Naelofar Hijab yang berkembang pesat.
![AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51488271814_airasia.jpg)
AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.
![AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71434950184_AirAsiaGeneric.jpg)
AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.
![AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71450367359_KLIAAIRASIA.jpg)
AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.
![Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453645030_AirAsiaLangkawi.jpg)
Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia
Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.
![AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466516671_AirAsia.jpg)
AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta
AirAsia Bhd memeterai perjanjian pajakan basah dengan PT Indonesia AirAsia Extra (IAAX) untuk memajak dua pesawat berbadan lebar Airbus A330 untuk US$12.9 juta (RM52.5 juta).
![Keuntungan sebelum cukai suku kedua AirAsia melonjak kepada RM253.81 juta Keuntungan sebelum cukai suku kedua AirAsia melonjak kepada RM253.81 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466516671_AirAsia.jpg)
Keuntungan sebelum cukai suku kedua AirAsia melonjak kepada RM253.81 juta
AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi pada RM253.81 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2016.